Posts

Showing posts from December, 2011

aku yang tak sabar menanti detik itu :)

masa: 5.27pm hari : Khamis lokasi: opis ku tarikh: 8 December motif menulis: nak countdown pukul 6.30 pm. sebab: nak balik rumah la..sejam lagi ni..adoihhhh...

Rindukan tulisan di sini

Di sebabkan asyik melayan Facebook, sampai terlupa pasal blog aku ni. Tak ada masa tu memang betul sebab nak menulis panjang2 ni kena ada masa yang lapang supaya idea tu datang menjengah tanpa perasaan tertekan. Ye, sekarang ni agak (banyak) tertekan. Dengan kerja, dengan kerja, dan dengan kerja. Untuk pengetahuan / peringatan kembali (ceh, macam ada lak orang yg membaca ;p), aku ni weekend pun kena kerja. Cuti lak sehari je iaitu hari Isnin. Memang macam takde kena mengena dengan hal aku yang takde masa nak berblogging lak kan? Eh salah tu..memang ada kena mengena pun. Lepas kerja (selalu lepas maghrib aku akan balik rumah). Paling busuk pun dalam pukul 8 malam aku dah ada kat rumah. Bila dah balik rumah, aku dah tak ada keupayaan utk berfikir untuk menulis di blog. Lagi satu punca besarnya yang buat aku dah lama tak luangkan masa di blog adalah sebab aku dah takde netbook (kes kecurian masa raya puasa hari tu). Jadi, bila dah takde netbook, dengan automatiknya aku pun takde mood