Posts

Showing posts from November, 2010

Ada apa dengan angka?

2 bulan lagi, umur dah masuk 24. Nampak besar angka tu. Sangat besar. Sepatutnya akan lebih bermakna. 24..sepatutnya sudah ada fasa yg baru. Ada kawan yang umur yang lebih berusia namun masih tetap sama mcm aku. kalau di tanya, mestilah risau..nak2 perempuan. Kalau lelaki tu takde la hairan sangat. Makin tua makin laku. Kan? Ada orang, jodohnya awal. Ada orang lambat sikit. Tapi, dua2 ada kebaikan n keburukan sendiri. Kalau dah masuk fasa 24, sure la orang kampung akan tanya...bila lagi?haha...jgn risau, mak ayah aku takkan tanya semua tu kat aku..sebab aku kan kecik lagi pada diorang..aku kan baby girl mak ayah... Rilex la...abg aku pun dah 27..tapi bujang lagi...takkan lah aku nak potong lak kan... Di usia tgh2 mcm ni..mesti terdetik dalam hati keinginan utk jadi seorang isteri. Aku tau semua ni diatur Tuhan. Dia lebih Mengetahui bilakah masa yg sesuai utk aku, dengan siapa, kat mana.. tapi sampai bila mau sedapkan hati mcm tu... Rahsia hati manusia takde siapa tahu. Mcm mana kan, ad

cahaya...

Masih terbuai dengan angan-angan, walau sudah jelas tiada lagi bayangan, Sudah pudar ingatan walau masih terasa kehadiran, Memohon keyakinan supaya merasa tenang, Mahu buang jauh perasaan yg meresahkan. Bantulah aku supaya tiada lagi persoalan, supaya tidak mengeruhkan keadaan. Apakah ini permainan syaitan atau satu petanda utk masa akan datang? Penat sungguh mencari kedamaian. Dimanakah tempat yg sesuai, Masa manakah yg tepat, Bagaimana mahu dapatkan kepastian? Tuhan, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan yg menganiaya diri sendiri........... Aku tidak pasti mana satu petunjuk-Mu. adakah itu dari-Mu atau itu hanya mainan perasaan semata........Bantulah aku........