Posts

Showing posts from December, 2008

BLOG: utk apa sebenarnya?

Malam tadi secara kebetulan aku tengok rancangan BLOG terbitan sebuah tv. kalau dah nama program tu BLOG, isi-isi perbualan semua tu pun juga pasal BLOG. Cuma, tajuknya saja lain-lain setiap minggu. Agak bagus perbincangan yg dibuat, kerana mereka berbincang dengan tujuan membuka minda masyarakat tentang medium yg makin popular di Malaysia,iaitu blog! lagi pula, perbincangan tersebut bukanlah setakat berbual kosong sahaja, malah mungkin dapat menarik lebih ramai individu untuk memulakan hobi mereka dalam dunia blog ini. Yang pastinya, blog bukanlah perkara terbaru, lebih2 lagi pada masyarakat dari Barat. Aku rasa kalau diorang tengok kita ni baru nak berbual pasal blog mesti diorang tergelak habis..yelah, diorang dah lama guna medium ni, tapi kita pula yg baru terhegeh-hegeh nak bincang pasal blog. hehe. Bukan apa, bila aku tengok program blog mlm tadi, rasa macam diorang ni fikir yg blog ni sepatutnya merupakan tempat yg mesti di tulis dengan penuh informative. maknanya tak boleh la t

resipi: ayam masak sos..

hari ni mak ajar masak ayam sos..ditambah sikit dgn kicap..sos tu sos cili ye, bg pedas kuah ayam tu..tp tak de la byk kuah sgt lauk tu. senang je nk masak nye..kena ada sos yg banyak, kicap sikit, ayam bape kerat yg nak makan..pastu bahan2 utk tumis..bawang putih je dengan halia. bawang merah lak letak masa sos ngn ayam da sebati. caranye lak.. tumis la bawang putih kejap ngan halia. bg la naik bau.. masukkan sos dengan kicap. kacau2 la sikit bagi sebati kemudian boh air utk buat kuah. pastu masuk la ayam yg da separa goreng.kena goreng dulu baru la ayam tu masak betul. kacau2 la ayam tu..sambil tu masukkan garam sikit, perasa skit, n bawang merah yg dihiris. agak2 dah masak tu angkat la..da siap pun.. simple je..tp aku tak gemar sgt masak sos..tu je la nk ckp.. adios...

Aidil Adha

hari ni hujan sepanjang hari..tak ade peluang utk keluar rumah.

Sunday

yeah..hari ni dapat rehat cukup! 5hari seminggu aku kena kerja kat kedai. sabtu semalam gi kedai, tp tak buat kerja pun sebab dah ada org lain yg kerja. petang semalam ikut mak ayah gi hospital temerloh melawat kawan diorang yg sakit. Semalam kali pertama aku jejak kaki ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh. Kalau sebelum ni aku hanya tengok dari jalan raya je, tapi semalam bila dah masuk kat dalam tu..huh..bapak segala besar punya hospital la..wad pesakit pula memang cantik gak. lampu-lampu dalam wad tu pulak oren je..macam kat dalam hotel lak suasana wad pesakit..tenang je masuk dlm tu. esok raya haji. beraya dalam hujan la kot. ala, raya haji bukannya mcm raya puasa..tak perlu lah nak beraya sakan.. tadi ayah beli daging kerbau...peghh..memang sedap..asik makan daging lembu je..sesekali nak gak mkn dging kerbau. ritu mintak ayah carikan daging rusa, tapi tak de stok lak kat umah orang yg jual tu. hurm,takpe la asalkan ade daging lain..tujuan aku cuma nak buat daging salai..