Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage
Alhamdulillah, blog saya kini jadi lebih informatif berbanding post-post saya tahun sebelum ini. Mengimbas kembali detik-detik saya di berikan sokongan ilmu tentang blog, masa tu awal tahun 2015, saya masih bekerja, namun di dalam hati sudah mulai memberontak ingin berhenti kerja. Tetapi saya masih ragu-ragu lagi. Masih sayangkan gaji pada masa tu. . . Saya mencari kekuatan dengan membuat "searching" di internet tentang panduan bisnes untuk surirumah. Ini sebagai bekalan saya jika saya sudah mendapat tittle "surirumah". Hinggalah saya terjumpa 1 blog tentang Akademi Bekerja Di Rumah. Saya teruja sebab saya hampir nampak di mana saya akan berada nanti. Dari situ kisah saya terjumpa secara "online" guru yang memberi tunjuk ajar tentang penulisan di blog. Saya perkenalkan guru yang dimaksudkan iaitu Puan Zaila Mohamad . . . Bersama puan Zaila atau lebih mesra dipanggil Mekla, beliau telah buat 1 kumpulan khas untuk pelajar-pelajar asas blog. Setiap...