Posts

Showing posts from 2008

BLOG: utk apa sebenarnya?

Malam tadi secara kebetulan aku tengok rancangan BLOG terbitan sebuah tv. kalau dah nama program tu BLOG, isi-isi perbualan semua tu pun juga pasal BLOG. Cuma, tajuknya saja lain-lain setiap minggu. Agak bagus perbincangan yg dibuat, kerana mereka berbincang dengan tujuan membuka minda masyarakat tentang medium yg makin popular di Malaysia,iaitu blog! lagi pula, perbincangan tersebut bukanlah setakat berbual kosong sahaja, malah mungkin dapat menarik lebih ramai individu untuk memulakan hobi mereka dalam dunia blog ini. Yang pastinya, blog bukanlah perkara terbaru, lebih2 lagi pada masyarakat dari Barat. Aku rasa kalau diorang tengok kita ni baru nak berbual pasal blog mesti diorang tergelak habis..yelah, diorang dah lama guna medium ni, tapi kita pula yg baru terhegeh-hegeh nak bincang pasal blog. hehe. Bukan apa, bila aku tengok program blog mlm tadi, rasa macam diorang ni fikir yg blog ni sepatutnya merupakan tempat yg mesti di tulis dengan penuh informative. maknanya tak boleh la t

resipi: ayam masak sos..

hari ni mak ajar masak ayam sos..ditambah sikit dgn kicap..sos tu sos cili ye, bg pedas kuah ayam tu..tp tak de la byk kuah sgt lauk tu. senang je nk masak nye..kena ada sos yg banyak, kicap sikit, ayam bape kerat yg nak makan..pastu bahan2 utk tumis..bawang putih je dengan halia. bawang merah lak letak masa sos ngn ayam da sebati. caranye lak.. tumis la bawang putih kejap ngan halia. bg la naik bau.. masukkan sos dengan kicap. kacau2 la sikit bagi sebati kemudian boh air utk buat kuah. pastu masuk la ayam yg da separa goreng.kena goreng dulu baru la ayam tu masak betul. kacau2 la ayam tu..sambil tu masukkan garam sikit, perasa skit, n bawang merah yg dihiris. agak2 dah masak tu angkat la..da siap pun.. simple je..tp aku tak gemar sgt masak sos..tu je la nk ckp.. adios...

Aidil Adha

hari ni hujan sepanjang hari..tak ade peluang utk keluar rumah.

Sunday

yeah..hari ni dapat rehat cukup! 5hari seminggu aku kena kerja kat kedai. sabtu semalam gi kedai, tp tak buat kerja pun sebab dah ada org lain yg kerja. petang semalam ikut mak ayah gi hospital temerloh melawat kawan diorang yg sakit. Semalam kali pertama aku jejak kaki ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh. Kalau sebelum ni aku hanya tengok dari jalan raya je, tapi semalam bila dah masuk kat dalam tu..huh..bapak segala besar punya hospital la..wad pesakit pula memang cantik gak. lampu-lampu dalam wad tu pulak oren je..macam kat dalam hotel lak suasana wad pesakit..tenang je masuk dlm tu. esok raya haji. beraya dalam hujan la kot. ala, raya haji bukannya mcm raya puasa..tak perlu lah nak beraya sakan.. tadi ayah beli daging kerbau...peghh..memang sedap..asik makan daging lembu je..sesekali nak gak mkn dging kerbau. ritu mintak ayah carikan daging rusa, tapi tak de stok lak kat umah orang yg jual tu. hurm,takpe la asalkan ade daging lain..tujuan aku cuma nak buat daging salai..

tak sihat

hari ni tak sihat. selsema..mungkin sebab kena ujan pagi td. :(

canon eos 350d

Hampir setengah tahun gak la aku tak sentuh camera aku ni. kesian gak aku tgk ia keseorangan kat dlm almari. Sejak ia mula dinyorokkan dlm beg, dan diletakkan dlm bilik di rumah sewa, aku mula tawar hati nak guna ia. Bukan apa, aku takde masa nak bawa ia berjalan2. Maklum la, camera aku ni perlukan teman sepermainan gak. Kalau takde teman, maka moodnya akan lari. tiada keseronokan utk men'capture' keindahan alam ni. Dengan kata lain, aku takde member yg sehobi ngan aku ni utk bereksperimen. Ahh..tensen ah! Disebabkan tu la, mulai sem ni baru la aku nak bg kehidupan semula kat camera aku ni. Tapi kali ni aku akan serahkan untuk sementara waktu kepada junior aku yg amat memerlukan camera jenis tu. Serah sementara ni maksudnya aku akan sewa kan la camera aku tu. Ala, memula tu sedih la gak..pasal aku akan berpisah gak ngan teman tak sepermainan aku tu. Agak murah la gak sewaan aku pada junior aku tu. Xyah la cakap bape..nanti terkejut lak org tau. Terkejut kalau mahal xpe..ni terk

blogging: kurang idea

oleh kerana aku susah nak online tatkala kembali belajar,maka aku rehatkan sebentar utk menulis (menaip) blog.hehe.time2 camni memang susah nk cari idea utk menulis (menaip). ok tu je la.

Lyrics: Buckcherry - Sorry

Image
Oh I had alot to say Was thinking on my time away I miss you and things weren't the same 'Cause everything inside it never comes out right And when I see you cry it makes me wanna die. I'm sorry i'm bad, i'm sorry i'm blue I'm sorry about all the things I said to you And I know I can't take it back I love how you kiss, I love all your sounds And baby the way you make my world go 'round And I just wanted to say i'm sorry. This time I think i'm to blame It's harder to get through the days We get older and blame turns to shame 'Cause everything inside it never comes out right And when I see you cry it makes me wanna die. I'm sorry i'm bad, i'm sorry i'm blue I'm sorry about all the things I said to you And I know I can't take it back I love how you kiss, I love all your sounds And baby the way you make my world go 'round And I just wanted to say i'm sorry. Every single day I think about how we came all thi

Katakan TIDAK!!!!!

Oh Tuhan....tolong beritau siapakah peminat bawang putih bawang merah yang minta rancangan tu diulang siarkan kat tv3 sekarang ni? Adoi..adoi..Salah siapa la ni. Marah tul aku ngan tv3 sekarang ni. Kalau diikutkan tag line tv3 " Sentiasa disisi mu" tu aku rasa memang dah bukan kat sisi aku dah sekarang ni. Adakah rancangan yang disiarkan semula tu merupakan atas permintaan ramai? atau tv3 sendiri yang sengaja nak jimatkan kos pengeluaran drama2 tempatan (kalau ada la kos2 mcm ni..ehe) atau drama tempatan dah takdak duit nak buat drama baru yg bagus? atau ini adalah atas permintaan pengiklan tu sendiri? Kadang2 pengiklan tu nak pulak produk diorang ni disiarkan mengikut rancangan tv yg popular. tapi aku tak tau la plak kan, cerita merepek macam bawang putih bawang merah tu pun ada nak selitkan iklan2 diorang. Sebagai pengiklan kan (ceh..mentang2 la aku blajo sket advert ni) diorang tak rasa rugi ke melabur berpuluh ribu (katakan RM30,000) utk beberapa minit, pada program yang

Dunia Baru: dari drama ke Filem

Image
Cuti raya cina ni mengundang kebosanan kat diri aku. Rutin aku kat rumah cuma tidur, makan, radio, bilik. Tu je lah yang mampu aku buat. Nasib baik aku bawa balik buku Membina Rasa Cinta, karya Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Sebelum tidur, buku tu lah yang jadi peneman mata aku yang hampir-hampir ngantuk, selain game Zuma yg tak pernah aku lepas level 6 tu. Haha! Sejujurnya, buku ni masih lagi tak dapat tolong masalah aku sekarang ni. Mula-mula tu boleh la masa hubungan aku ngan dia tu masih harum2 wangi semerbak perfume elizebeth arden. hehe. Tapi sekarang ni, buku ke manusia ke memang tak dapat tolong aku lagi. Aku tak gaduh pun ngan dia, cuma aku rasa hati aku jauh sgt dari dia. oh, tak boleh cerita banyak kat sini. Mungkin ada kat sini . Drama Dunia Baru di tv3 dah episod terakhir malam Isnin ni. Terkejut gak aku sebab aku banyak tertinggal cerita tu. Menyesal rasanya tak tengok setiap minggu, terpaksa la aku cari sesiapa yang ada download cerita tu. Hehe. Selamat tinggal Dunia Baru 3