Posts

Showing posts from 2009

Yang terbaik

Yang perit, itu yg terbaik manakala yg manis itu mungkin tak baik. Kita mahu yg manis padahal ianya mungkin tidak baik pada kita. Setujukah begitu? Kesabaran itu penting dalam agenda harian kita. Kita mahukan satu2 benda itu,tapi berat untuk kita dapat...seperti Tuhan tak benarkan kita mendapatkannya. Lantas kita berkata diri sendiri itu tidak bertuah, kurang bernasib baik..kita pening memikirkan bagaimana hidup kita esok lusa jika hari ini keinginan kita itu tidak tercapai. Sambil dalam hati membandingkan bahawa orang lain telah capai cita-cita mereka itu. Telah peroleh apa yg mereka impikan.. Sebenarnya, dalam kesukaran kita mendapat perkara yg kita inginkan sangat itu telah tertulis di atas bahawa kita bakal perolehi sesuatu yg lebih baik dari yg kita inginkan itu. Itulah sebenarnya impian yg telah kita tanamkan beberapa lama dulu. Kita terlupa,itulah yg pernah kita mahukan...inginkan..capaikan. Tuhan menguji kita kepayahan pada sesuatu perkara, Tuhan memberatkan perjalanan kita u

monolog yattie

Image
masih belum gmbira kah?apa kau mahu lagi yattie...????arhhh...aku tak tahuuuu..aku tak tahu..... kenapa tak tahu pula??aku takut untuk berhadapan dgn kepelikan manusia-manusia di sana,di sinun... sabarlah yattie...2 tahun saja kau di sinun,insyaallah....Tuhan sentiasa bersamamu....

Slam - Jika Kau Rasa Getarnya

Janganlah hanya mengukir janji Sedangkan dikau masih mencari Adakah benar kata kata Bukan ungkapan sementara Kaulah pancaran yang daku rasa Bagaikan obor yang menyinar Jika terpadam tiba tiba Sunyilah insan alam gelita Jika kau selam hati ini Pastinya engkau kan mengerti Betapa sucinya kasihku Jangan diragu Jika kau rasa getarnya Debaran kasih cinta yang meronta Nilai kasihku padamu cukup berharga Bukan simpati yang aku pinta Kebenaranmu memutus kata Agar dapatku abadikan Untuk pedoman peniti cinta Jika kau selam hati ini Pastinya engkau kan mengerti Betapa sucinya cintaku Jangan diragu Jika kau rasa getarnya Debaran kasih cinta yang meronta Nilai kasihku padamu Cukup berharga *******************************************

Ciri-ciri org yg tak menarik

Image
Seperti yg terlintas dlm hati aku ttg adakah aku ini diperlukan oleh org?atau hanya aku saja yg terlalu memerlukan org?bila fikiran ku kerapkali menggali2 apakah sebenarnya yg tak betul dlm diri aku..akhirnya aku tersedar bahawa aku ni tak diperlukan oleh sesiapa.adakah ini fasa aku berasa diri aku disisihkan (isolated), merasa aku punyai kekurangan yg banyak,dan juga murung(depression)?adakah semua itu tanda2 bahawa aku ini tergolong dlm bahagian kemurungan,iaitu salah satu penyakit psychology?oh,terlalu jauh aku berfikiran sebegitu. Cuma aku merasakan aku ini tidak diperlukan saja..yela,seperti aku ini tidak wujud di dunia ini. Adakah aku halimunan…? Helloooooo....ada sesiapa yg mendengar aku????mungkin tiada ,kerana aku hanya menjerit di dalam hati… Kenapa aku rasa aku ini tidak diperlukan sesiapa?kenapa aku boleh cakap mcm tu?pertamanya, lihatlah sekarang ini…….seperti mcm ni ( ) nmpak apa yg aku ingin gambarkan?blank…lonely

Imam Mahdi, Dajjal, Yahudi

Sekadar utk menambahkan pengetahuan dan menajamkan pemikiran,aku terbaca teori2 menarik tentang dajjal, yahudi dan imam mahadi utk umat islam menghayati dan berfikir. sebelum ni aku terdidik dengan mengenali dajal tu rupa fizikal dia mcm jin toncet yg bermata satu..ehe.tp bila aku baca teori2 tersebut,terus otak aku berusaha utk berfikir dan lebih berfikir sambil mengaitkan apa yg berlaku di Palestin apabila diserang oleh pengganas Israel. Ya, aku lebih suka sebut pengganas Israel drpd menyebut tentera. Hm, utk mengetahui kisah2 menarik mengenai teori2 yg berlandaskan fakta Al-Quran dan Hadith itu, rajin2 la lawat laman web ni ibnuyaacob.com Semoga kita lebih berfikir melangkaui apa yg terdapat dlm media-media arus perdana skrg ni.

jgn baca..

siang dah berlalu dgn cepat skali..mcm xbuat apa pun, tiba-tiba je dah malam. dan malam pula mengadap la pula aku kat depan pc ni sampai tgh mlm. itu lah rutin aku. kemudian, esok mcm ni juga aku lalui...........

Hari Pekerja!

pagi ni bangun awal sangat..padahal aku baru je tidur pukul 4 pagi tadi. tah, tak boleh tidur lama plak tak tau nape. fon lak tak boleh nak ON, bateri dah kong..cajer rosak! sunyi sikit arini nak msg ngn my dear..dan2 lak cajer boleh rosak. semalam aku baru je sampai kt pahang..lepas dari melaka aritu, aku terus ke PJ dok rumah abang. Ingat nak kerja la 2bulan kat sana, tapi seperti entry sebelum ni, aku tak kesampaian nak terus bekerja. bukan takat alasan aku penat atau tak tahan ngan tempat kerja tu, tapi lebih dari tu. Sepatut esok aku mungkin masuk kerja kat sushi king. dah siap gi interview n buat semua dokumen kwsp n akaun bank skali...tapi last2 aku buat keputusan nekad saat-saat akhir nak balik ke jengka. kesian n sedih aku terkenangkan abang n akak ipar carikan kerja utk aku..ye, aku bersalah juga tp, setelah memikirkan baik buruk setiap perkara, aku nekad telefon mak pagi semalam n nekad balik sini. abang n akak mungkin sedih...tapi, aku minta maaf sangat2....... aku harap ad