Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim

Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger

Panduan Jana 7K Sebulan Dengan Bisnes Air Balang

3/13/2017

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage


Alhamdulillah, blog saya kini jadi lebih informatif berbanding post-post saya tahun sebelum ini. Mengimbas kembali detik-detik saya di berikan sokongan ilmu tentang blog, masa tu awal tahun 2015, saya masih bekerja, namun di dalam hati sudah mulai memberontak ingin berhenti kerja. Tetapi saya masih ragu-ragu lagi. Masih sayangkan gaji pada masa tu.
.
.
Saya mencari kekuatan dengan membuat "searching" di internet tentang panduan bisnes untuk surirumah. Ini sebagai bekalan saya jika saya sudah mendapat tittle "surirumah". Hinggalah saya terjumpa 1 blog tentang Akademi Bekerja Di Rumah. Saya teruja sebab saya hampir nampak di mana saya akan berada nanti. Dari situ kisah saya terjumpa secara "online" guru yang memberi tunjuk ajar tentang penulisan di blog. Saya perkenalkan guru yang dimaksudkan iaitu Puan Zaila Mohamad.
.
.
Bersama puan Zaila atau lebih mesra dipanggil Mekla, beliau telah buat 1 kumpulan khas untuk pelajar-pelajar asas blog. Setiap pelajar akan di berikan tugasan untuk membina blog, menulis secara konsisten di blog, mencari idea untuk menulis di blog dan memberi panduan untuk kita lebih fokus untuk menulis apa di blog. Nampak mudah je tetapi sebenarnya saya sendiri ambil masa yang lama sangat untuk mencari fokus menulis di blog. Lihat saja lah post-post sebelum ini, bercampur baur. Hehe. Cuma sejak akhir-akhir ini saja saya kembali aktif dan sudah tahu fokus saya.



Alhamdulillah, walaupun saya agak lambat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun saya tetap mengikuti perkembangan kumpulan sokongan Asas Blog & Fanpage kendalian cikgu Zaila Mohamad.
.
.
Seperti yang saya katakan, saya rasa sangat berbaloi setelah menyertai Kelas Asas Blog & Fanpage ini kerana ketika saya merasa 'lost' sewaktu berada dalam dilema bisnes, saya pasti akan rujuk kembali panduan yang saya dapat dalam kumpulan tersebut. Alhamdulillah, saya masih bersama team cikgu Zaila, dan pada tahun ini saya ingin kembali aktif di blog insyaAllah 😉👍
.
.
Untuk bakal surirumah ataupun surirumah yang masih tercari-tercari fokus bisnes, saya sarankan untuk sediakan platform blog sebagai medium untuk mempromosi produk. Mungkin ia kelihatan seperti tidak famous berbanding facebook, tetapi percayalah, jika blog anda penuh informasi, pasti orang akan mencari info di blog anda.

















3/12/2017

Tamargo Tablet Supplemen Kurma No.1 Malaysia



"5 SEBAB KENAPA SUSU BADAN TERJEJAS"

Saya nak share, mesti  kita pelik kan lepas bersalin susu kejap je ada pastu terus takde smpai nak kena top up dgn susu formula, tapi ada org susu meriah lepas bersalin. Punca utama tapi ramai orang tak ambil tahu ialah : KESEDARAN.

.
Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya.


Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:


[✔️]  Mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan

[✔️] Mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu.

[✔️] Bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu.

[✔️] Terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Kena sedar yang awak hanya perlu menyusukan bayi apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.
.

.
Antara Sebab2 lain yg boleh Menjejaskan penghasilan susu.

[✔️] Letih
[✔️] Sibuk
[✔️] Makanan tidak berkhasiat
[✔️] Emosi
[✔️] Hormon
.
.

Baru-baru ini juga saya mengalami penghasilan susu badan yang sikit. Anak saya asik menangis waktu malam susah nak tidur. Setiap kali saya beri susu, dia akan tunjuk reaksi tak dapat. Dan saya tahu masa tu penghasilan susu sangat kurang.

Saya mula jadi stress sebab dah letih sangat, tidur pun tak cukup. Emosi saya terganggu setiap malam.

Kemudian saya buat search sikit tentang penghasilan susu. Ada rakan bertanyakan saya adakah saya cukup minum air setiap hari serta ada makan nasi ke tak? Saya baru perasan, masa tu memang saya kurang minum air dan saya pula menyekat kuantiti makanan saya setiap hari konon-kononnya nak diet.

Sejak dari hari tu saya cukupkan minum air kosong dan sentiasa cukupkan pemakanan saya. Alhamdulillah selepas itu hasil susu badan saya semakin banyak. Saya bersyukur sangat dan sangat mengakui kesilapan sendiri T_T
.
.
*************************************

Selain mencukupkan pengambilan air dan gizi seimbang setiap hari, makan tambahan juga diperlukan oleh ibu-ibu menyusu. Sebagai contoh, TAMARGO tablet; merupakan tablet kurma pertama di Malaysia yang dicipta khusus untuk kesihatan dalaman para wanita.
.
.
TAMARGO tablet merupakan makanan tambahan untuk menghasilkan susu badan yang lebih berkhasiat, seterusnya menggalakkan penghasilan susu badan yang mencukupi dan dalam masa yang sama bayi juga akan kenyang. Benarlah TAMARGO tablet ini juga asbab untuk bayi kenyang kan? ;)
.
.

Saya faham, kita semua kadang2 tak berkesempatan nak makan makanan yang seimbang. Lagi lah jika tengah kalut dengan anak2 lagi. Terpaksalah memasak jenis yang simple2 je, makanya nutrisi yang diperolehi pun tak cukup. Di sebabkan itu pentingnya ada makanan tambahan TAMARGO tablet supaya dapat mencukupkan nutrisi dalam badan kita.
.
.
Tamargo Tablet merupakan makanan pelengkap bagi ibu-ibu menyusu yang terbukti telah membantu ramai wanita yang menghadapi masalah susu berkurangan, bayi tak kenyang dan kurang nutrisi dalam badan.

Selain itu, TAMARGO tablet mengandungi makanan Sunnah lain seperti Habbatus Sauda, Madu, Kismis, buah tin dan juga probiotik bagi membantu melancarkan lagi sistem penghadaman.
.
.
Paling menarik lagi tentang TAMARGO tablet ini, ia juga berfungsi untuk melawan radikal bebas, menurunkan kadar kolestrol, serta baik untuk tulang, kuku, rambut dan juga kulit.
.
.
TAMARGO tablet juga dapat meningkatkan kecergasan badan dan memberi tenaga serta mencegah penyakit berbahaya.










3/02/2017

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Ada lagi yang masih tercari2 idea untuk bisnes 2017 ni kan? Masih belum terlambat untuk sesiapa saja memulakan bisnes dari rumah. Seakan-akan trend pula sekarang kan =)
.

Bertuah suri zaman ni tau, sebabnya nak buat bisnes bukannya susah dah sekarang. Tak perlu keluar modal duit untuk beli stok barang pun takpe. Hanya mulakan je dari agen dropshipper.
.

Ayat2 iklan pun mudah je nak buat sekarang. Hanga copypaste je dari product owner yg uols deal tu. Gambar pun just download je dari diorang.
.

Apa lagi kesusahan utk berbisnes zaman ni? Takde lagi alasan sebenarnya kan. Yang penting cuba je sampai dapat hasil jualan pertama. Sebenarnya hasil jualan pertama itu lah peransang untuk kita buat lagi dan lagi dalam bisnes ni.
.

Oklah saya nak berkongsi IDEA sedikit untuk Bisnes Surirumah tahun 2017. Kenapa bisnes servis yang saya tekankan? Ini kerana kebanyakan bisnes servis tidak melibatkan modal ‘stok’, risiko lambakan stok bawah katil juga dapat di elakkan. Namun ada contra nya juga. Bisnes servis ini perlukan masa dan tenaga untuk dilaburkan. Makanya, ia boleh jadi penat jika seseorang itu mudah cepat putus asa. TETAPI, saya pasti di saat-saat ekonomi sedang gawat ini tiada lagi alasan untuk berputus asa. Eh banyak pula mukadimahnya kan. Jom check it out 10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017 ini.



BISNES SERVIS

1. LIPAT BAJU, IRON BAJU, HANTAR BAJU KE DOBI LAYAN DIRI. Servis ni mungkin agak letih sedikit sebab bermodalkan tenaga dan masa. Tapi kalau nak buat duit sambil2 tu boleh juga kan,? Saya pernah survey caj2 yang dikenakan untuk melipat baju. Biasanya standard 1KG = RM2. Walaupun nampak macam biasa2 je servis lipat baju ni, tetapi dah juga company yang buat servis ni. Contohnya company Servis Lipat Baju oleh En Mohd Noorrizan Mohamed Shafiee. Haa jangan pandang sebelah mata ye servis macam ni. Siap boleh ada agen lagi untuk siapkan baju-baju customer. Lalu dari servis lipat baju ni lah uols boleh sambung dengan iron baju, dan offer customer untuk basuhkan baju mereka di dobi layan diri. So kerja korang memang kena banyak pergerakan fizikal lah, dan memang kena fokus betul. Ini adalah berdasarkan apa yang saya baca dari pengalaman orang lain. Saya terjemahkan sebagai idea pula di sini 

.


2. FOOD DELIVERY. Bisnes ni dah makin menjadi 1 trend di bandar mahupun luar bandar. Join je group2 FB atau WhatsApp Food Delivery ni. Pasti ada banyak idea nak buat macam mana. Saya pun kalau datang time malas nak masak, servis food delivery ni lah yg saya cari. Bisnes ni uols kenalah pandai masak. Kalau nak mulakan tu uols boleh start dengan menu yang uols nak makan hari ni. Buat la lebih sikit, then try promot kat group. Actually apa yang saya perhatikan, bisnes macam ni kena fokus dan sentiasa promot. Kalau hari ni promot esok diam memang ke laut la bisnes uols tu hihi.
.

3. BAKERY. Bisnes ni sentiasa on demand. Antara mahir atau tidak sahaja. Tapi kalau nak seribu daya kan, hehe. Tapi kalau tak minat dan nak terikut2 orang pun tak boleh juga. Kena tengok pada kemampuan sendiri juga. Saya suka perhatikan orang buat bisnes bakery. Biasanya mereka ambil tempahan sikit-sikit je. Lepas tu pastilah makin lama makin ramai yang order kan? Dan bila dah sampai tahap dah kira macam ‘Master’ diorang dah boleh offer kelas pula. Ramai pula tu yang berminat! Masyuk betul kan?
 .

4. MENJAHIT. Jika dah ada mesin jahit, boleh la cuba2 menjahit pakaian/ langsir, dan buka tempahan pada kawan2. Menjahit bukan setakat pada pakaian je kan, boleh juga jahit barang2 kraf juga. Kena la pergi kelas. Eh, sekarang kelas online melalui whatsapp pun ada tau. search je ;p Macam bisnes bakery, bisnes menjahit juga boleh jadi duit yang masyuk sekarang ni. Sekarang dah ramai sampai tahap dah buka buat kelas jahitan. Ada tu sampai boleh buat buku untuk mengajar teknik2 menjahit. Dasyat kan?
.

5. CUCI RUMAH. Haaaa, ini kalau uols ada team lah. Kalau buat sorang2 tak bernafas jugak nanti. Ajak la suami uols buat servis cuci rumah orang waktu weekend. ambooi senang je cakap kan..hehe tapi zaman ni kalau nak cari duit, macam2 cara boleh buat noh :p Bisnes ni kan, uols target je lah area kawasan high-end. Build relationship dulu, bagi orang trust, dan offer servis. Tapi yang ni kenalah sediakan peralatan yang secukupnya ye.
.

6. HOME TUITION. Kalau uols terer subjek yang di belajar waktu sekolah, boleh la tawarkan offer home tuition. Kalau mengaji pun lagi baik kan. Asalkan ada ilmu basicnya :)
 .

7. BABYSITTER. Servis ni kalau uol betul2 minat pada budak2 boleh la buat ye. Jangan pula tengok orang lain buat masyuk uols pun nak buat juga tapi dalam masa yang sama uols tak boleh sabar dengan budak2. Haa fikir dulu masak2 :D
.

8. GRAPHIC DESIGN. Sekarang ni ramai seller2 online kan. Masalahnya ramai seller ni bila dijengah profile FB mereka ni, kusam je gambar cover photo tu. Takde pun ciri-ciri peniaga online. So dari situ la korang boleh offer pada mereka untuk buat graphic design untuk cover photo FB. Jangan risau kalau takde software Adobe Photoshop pun. Boleh rujuk TIPS GRAPHIC DESIGN TANPA ADOBE PHOTOSHOP. 
.

9. ONLINE WRITER. Kalau korang minat menulis, ini adalah peluang untuk korang mencari duit dengan menjadi Penulis Online. Rajin2 lah promot diri untuk offer servis ni. Korang boleh jadi copywriter ke, ghost writer ke.. sekarang pula trend viral, so kalau tulisan korang ada 'roh', ada kualiti, ada manfaat, korang boleh submit ke APEAMAZING. Yang ni korang boleh berhubung sendiri dengan editor dia untuk submit artikel. Sebab baru2 ni ada nampak editor dia offer netizen untuk submit artikel.
.

10. BLOG SERVICE. Kalau uols suka berblog, rajin deko2 blog, uols boleh la ambil upah setup blog orang lain. Ala kadang2 orang ni nak cepat je kan, nak godek2 setting blog tak sempat..asalkan uols siapkan cepat udah ler...macam iols ni pun suka gak godek2 blog (kalau ada masa). Tapi kalau customer order memang kena buat lelaju la kan. So, ada yang 1st time nak buat blog dan ada kekangan masa nak setup blog boleh la roger2 saya ye 017-6699787.




Nota kaki: Ok utk dapatkan E-book Surirumah Juga Boleh Berbisnes ni, boleh whatsApp saya 017-6699787.




2/27/2017

Resepi Udang Masak Merah dan Sayur Campur Masak Lemak

 Hai lately suka pulak nak snap2 gambar makanan dan kongsikan resepi. Resepi yg saya buat mostly memang cara yg mudah, cepat, dan rasa dia tepat ikut selera lidah ;)


Ok now proceed kepada resepi hari ni. Ni juadah nak buka puasa hari ni. Resepinya simple tapi nak buat tu jadi huru hara sikit dgn anak2 yang asik2 nakkan uminya ini. Papa dah balik kerja barulah lega nak masak dgn aman hee..check it out!



Resepi Udang Masak Merah

8 ekor udang (gaul garam + kunyit utk digoreng).
4-5 sudu besar Cili kering yang di blend.
1 1/2 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
3 sudu besar sos cili kimball.
Sedikit garam ikut citarasa sendiri.
Sedikit perencah cap hilal.
3 sudu gula.
*Minyak ikut kesesuaian nak menggoreng udang dan menumis.

Steps udang goreng:

Udang yang di gaul garam + kunyit di goreng sekejap je dgn api yg besar. Agak2 kulit udang dah merah boleh angkat, jgn bagi lama nanti isinya tak fresh. Ketepikan dulu udang ni.

Step sambal tumis: 

1. Blend Bawang besar + bawang putih.
2. Tumis bahan blend ke dalam minyak yg digoreng udang tadi. Jangan guna semua minyak goreng udang tu, ambil ikut sesuai nak menumis cili.
3. Biar kuning sikit bawang dan masukkan pes cili kering. 
4. Tumis hingga pecah minyak. Sambil2 tu kacau2 jgn bg hangit bahagian dasarnya. 
5. Dah pecah minyak  (cili dah garing dan minyak dah terpisah dgn cili) then masukkan gula. Biar dia sebati dan cili tukar warna gelap sikit baru kacau.
6. Masukkan perencah, sos dan garam. Kacau sebati.
7. Masukkan air sedikit bagi berkuah. Biarkan menggelegak, api sederhana je ni. Dah menggelegak kecilkan api dan masukkan udang yang dah di goreng tadi. Kacau sebati dan tutup api.



RESEPI SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK

Suku sayur kobis.
Separuh lobak merak yg besar.
Sepeket cendawan.
3 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
3 sudu pati santan (cap KARA)
Perencah, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

STEPS:
Blend bawang bg hancur.
Tumis bg kuning dan kering sikit (sebab bwg blend kan..ada air)
Masukkan sayur kobis dan lobak. Kacau hingga sayur hampir masak.
Masukkan cendawan, perencah, serbuk kunyit, garam, gula setengah suduh dan air secawan. Biar menggelegak.
Masukkan pati santan dan gaul sekejap dlm 2-3 minit. Tutup api.

*****************
TIPS: Semua bawang utk masak sambal dan sayur saya blendkan sekali. Sy tak tumbuk sebab nak cepat. Sebenarnya kalau utk buat sambal, sayur, kuah adalah lebih sedap bawang diblend. Kalau utk tumis, pastikan bawang blend benar2 dah kuning dan kering barulah rasa dia naik nanti.