Ada apa dengan angka?

2 bulan lagi, umur dah masuk 24. Nampak besar angka tu. Sangat besar. Sepatutnya akan lebih bermakna. 24..sepatutnya sudah ada fasa yg baru. Ada kawan yang umur yang lebih berusia namun masih tetap sama mcm aku. kalau di tanya, mestilah risau..nak2 perempuan. Kalau lelaki tu takde la hairan sangat. Makin tua makin laku. Kan?

Ada orang, jodohnya awal. Ada orang lambat sikit. Tapi, dua2 ada kebaikan n keburukan sendiri. Kalau dah masuk fasa 24, sure la orang kampung akan tanya...bila lagi?haha...jgn risau, mak ayah aku takkan tanya semua tu kat aku..sebab aku kan kecik lagi pada diorang..aku kan baby girl mak ayah...

Rilex la...abg aku pun dah 27..tapi bujang lagi...takkan lah aku nak potong lak kan...
Di usia tgh2 mcm ni..mesti terdetik dalam hati keinginan utk jadi seorang isteri. Aku tau semua ni diatur Tuhan. Dia lebih Mengetahui bilakah masa yg sesuai utk aku, dengan siapa, kat mana..
tapi sampai bila mau sedapkan hati mcm tu...

Rahsia hati manusia takde siapa tahu. Mcm mana kan, ada orang sekejap je urusan diorang...tup2 dah melangkah ke fasa lain. Paling menarik, orang yg betul2 tak disangka..

Sebelum ni pernah buat istikharah..biasa la, mcm2 nampak. tapi, hati tak tenang pun dgn jawapan yg mcm2 tu..mungkin belum nampak yg sebenar lagi sebab...mungkin hati tengah celaru dan terlalu bias..hehe.

Sekarang lom buat lagi..taknak bias lagi..biar dulu..biar hati tengah tenang, baru la buat...lagipun hanya sorang je dalam hati ni sekarang :) tu yang takut bias..hehe

Apapun, semoga dapat lagi petunjuk yg sebenar,dan semoga lebih banyak memohon yang terbaik dari-Nya..Doakan yg terbaik :)

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017