Posts

Showing posts from July, 2014

Persamaan isu di GAZA dan MH17

Salam Ramadhan yang mulia, Hari ni hari terakhir Ramadhan bagi tahun ni. Adakah tahun depan dapat lagi kita berjumpa bulan yang penuh keberkatan ni? Wallahu'alam. Dalam hati berasa risau adakah ibadah Ramadhan tahun ni cukup sempurna? takut-takut hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Bulan Ramadhan tahun ni juga umat Islam di dunia ini di uji dengan peperangan kejam oleh Zionist ke atas penduduk di Gaza. Saya bukanlah seorang yang mahir untuk mengupas isu kemanusiaan ni. Saya hanya mampu membantu sedikit apa yang mampu saya bagi. Jika tak mampu atau tidak berkesempatan untuk mengisi tabung amal Palestin, panjatkan sahaja doa untuk mereka. Mereka saudara kita. Melihat gambar anak-anak, wanita, orang tua serta para mujahidin yang terkorban akibat kerakusan penjajah Israel tersebut rasa sangat sebak di hati ini. Bayangkan yang terkorban itu adalah keluarga kita sendiri.  Bagaimanalah mereka menyambut kedatangan Syawal esok? tapi bagi saya, mereka sebenarnya sudah me

TIPS BISNES ONLINE

Siapa yang tak nak dapat pendapatan sampingan kan? Di sini saya cuba tolong serba sikit macam mana nak mulakan bisnes online (BASIC). Untuk ingatan, saya ni bukanlah pakar pun, sikit je saya tau...apa yang saya tau saya share je ye :) ****************************** TIPS BISNES ONLINE ****************************** 1- CARI APA YANG AWAK MINAT (PRODUK/SERVIS) 2- CREATE PAGE FB/BLOG/INSTAGRAM/WEBSITE 3- CARI SASARAN PELANGGAN ( JANTINA/ UMUR LINGKUNGAN BERAPA/ TINGGAL KAWASAN MANA) 4- RAJIN-RAJIN UPLOAD GAMBAR PRODUK/SERVIS DI MEDIUM YANG DIPILIH. 5- RAJIN TULIS STATUS TENTANG PRODUK/SERVIS ANDA. ******************** BUAT MASA NI, INI SAJALAH YANG BASIC. Buat banyak kali dan tanpa jemu. Yang penting kena yakin akan rezeki Allah :)