Tips Memperbaiki Diri Kita Setiap Masa
Pada mulanya saya dapat doa ini daripada suami, sebagai inisiatif beliau supaya beberapa doa di tampal di dalam rumah kami. Hatta doa makan sekalipun dia minta ditampal di dinding meja makan. Kenapa se-simple2 doa pun nak di tampal? Sebab kita ni manusia yang alpa. Yang leka. Yang sering lalai. Asbab menampal doa di dinding rumah adalah sebagai peringatan buat kami, supaya dapat menjadi tabiat setiap kali melakukan sesuatu disertakan dengan doa. Alhamdulillah, sejak beberapa doa ditampal, kami jadikan tabiat untuk membacanya especially doa masuk tandas, hihi :D ************************ Dalam aktiviti harian mesti kita tak lari dari kelam kabut, especially kalau surirumah yang ada anak2, sambil tu berbisnes online lagi, sambil tu nak masak lagi, nak urus rumah lagi, nak layan anak2 lagi, nak layan customer lagi. Ada masa memang rasa huru hara hidup. Ada masa jadual aktiviti lari dari yang dirancangkan. Ada ibu2 yang bagus bab2 menguruskan hal rumahtangga. Ada juga ibu2 yang m...