Posts

Showing posts from February, 2017

Resepi Udang Masak Merah dan Sayur Campur Masak Lemak

Image
 Hai lately suka pulak nak snap2 gambar makanan dan kongsikan resepi. Resepi yg saya buat mostly memang cara yg mudah, cepat, dan rasa dia tepat ikut selera lidah ;) Ok now proceed kepada resepi hari ni. Ni juadah nak buka puasa hari ni. Resepinya simple tapi nak buat tu jadi huru hara sikit dgn anak2 yang asik2 nakkan uminya ini. Papa dah balik kerja barulah lega nak masak dgn aman hee..check it out! Resepi Udang Masak Merah 8 ekor udang (gaul garam + kunyit utk digoreng). 4-5 sudu besar Cili kering yang di blend. 1 1/2 labu bawang besar. 3 ulas bawang putih. 3 sudu besar sos cili kimball. Sedikit garam ikut citarasa sendiri. Sedikit perencah cap hilal. 3 sudu gula. *Minyak ikut kesesuaian nak menggoreng udang dan menumis. Steps udang goreng: Udang yang di gaul garam + kunyit di goreng sekejap je dgn api yg besar. Agak2 kulit udang dah merah boleh angkat, jgn bagi lama nanti isinya tak fresh. Ketepikan dulu udang ni. Step sambal tumis: 

Resepi Japanese Cheesecake Cara Mudah Tanpa Guna Tepung

Image
Wahh baca tajuk pun dah rasa macam tak sabar nak buat kek ni kan. Let's straight to the point bebeh. Bahan-bahan dan sukatan: 120 g Cream Cheese  120 g Coklat Putih (saya kurangkan kpd 100g saja sebab tak suka manis) 3 biji telur Alatan : Loyang kek saiz 6 inci Baking Paper  Mixer Oven Cara-caranya: 1. Panaskan oven pada suhu 170 C dulu. Sambil tu lekatkan baking paper yg disaluti minyak ke tapak loyang dan dikeliling loyang. Kena buat ni awal2 supaya nanti mudah nak masukkan bancuhan ke dalam loyang terus ye. 2. Pecahkan dan asingkan putih telur dan kuning telur. Putih telur letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais dulu.  3. Double boil coklat putih. Didihkan air dalam kuali, kemudian letak coklat putih yang dipecah-pecahkan ke dalam mangkuk lain. Mangkuk tu pula letak dalam kuali yang isi air. Kacau hingga coklat putih tu cair. 4. Campurkan cream cheese ke dalam coklat putih yang sedang dilembutkan guna kaedah double bo

Susun atur dalam rumah cara praktikal dan simple

Beberapa minggu ni mood mengemas sangat lah power, maklumlah sejak kurangkan aktiviti kat facebook tu, rasa banyak pula masa dapat di penuhi dengan aktiviti dalam rumah bersama anak2. Sebenarnya saya nak share tips2 simpan barang ala malas. Ahaha. Iye, tips ni paling sempoi, simple, solutionable ahaha. Saya ni bukan yang jenis rajin menyusun selalu nak bagi kemas, lap2 habuk setiap hari, no no no.  Saya lebih suka yang praktik, maksudnya benda tu mudah utk saya kemas semula bila selerak. Saya suka jimatkan masa.  1-  bahagian ruang tamu, saya suka minimakan perabot. Minimakan color, kalau banyak color boleh jadi pening mata tengok. Saya tak suka bunga, kalau buat syarat naikkan seri rumah hanya boleh ada sejambak je. Tapi kalau yang jenis hiasan daun hijau tu akak very the like heee =D 2- Rumah saya dah tak guna tv. Ini khas untuk tumbesaran minda anak2 saya. Saya sorok tv. Kalau nak tengok sekali sekala je, tu pun tengok melalui handphone atau tab sebab mudah nak soro