Persamaan isu di GAZA dan MH17
Salam Ramadhan yang mulia, Hari ni hari terakhir Ramadhan bagi tahun ni. Adakah tahun depan dapat lagi kita berjumpa bulan yang penuh keberkatan ni? Wallahu'alam. Dalam hati berasa risau adakah ibadah Ramadhan tahun ni cukup sempurna? takut-takut hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Bulan Ramadhan tahun ni juga umat Islam di dunia ini di uji dengan peperangan kejam oleh Zionist ke atas penduduk di Gaza. Saya bukanlah seorang yang mahir untuk mengupas isu kemanusiaan ni. Saya hanya mampu membantu sedikit apa yang mampu saya bagi. Jika tak mampu atau tidak berkesempatan untuk mengisi tabung amal Palestin, panjatkan sahaja doa untuk mereka. Mereka saudara kita. Melihat gambar anak-anak, wanita, orang tua serta para mujahidin yang terkorban akibat kerakusan penjajah Israel tersebut rasa sangat sebak di hati ini. Bayangkan yang terkorban itu adalah keluarga kita sendiri. Bagaimanalah mereka menyambut kedatangan Syawal esok? tapi bagi saya, mereka sebenarnya sudah me...