Persamaan isu di GAZA dan MH17

Salam Ramadhan yang mulia,
Hari ni hari terakhir Ramadhan bagi tahun ni. Adakah tahun depan dapat lagi kita berjumpa bulan yang penuh keberkatan ni? Wallahu'alam. Dalam hati berasa risau adakah ibadah Ramadhan tahun ni cukup sempurna? takut-takut hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.

Bulan Ramadhan tahun ni juga umat Islam di dunia ini di uji dengan peperangan kejam oleh Zionist ke atas penduduk di Gaza. Saya bukanlah seorang yang mahir untuk mengupas isu kemanusiaan ni. Saya hanya mampu membantu sedikit apa yang mampu saya bagi. Jika tak mampu atau tidak berkesempatan untuk mengisi tabung amal Palestin, panjatkan sahaja doa untuk mereka. Mereka saudara kita. Melihat gambar anak-anak, wanita, orang tua serta para mujahidin yang terkorban akibat kerakusan penjajah Israel tersebut rasa sangat sebak di hati ini. Bayangkan yang terkorban itu adalah keluarga kita sendiri. 

Bagaimanalah mereka menyambut kedatangan Syawal esok? tapi bagi saya, mereka sebenarnya sudah menang di mata masyarakat Islam kerana mereka tidak pernah berputus asa untuk mempertahankan bumi mereka sendiri. Allah lebih Mengetahui, dan kemenangan zahir pasti milik mereka satu hari nanti.

Sambil dunia memerhati penduduk Palestin diperlakukan kejam oleh Zionist, sekali lagi Malaysia di duga dengan pesawat MH17 yang di tembak jatuh di Ukrain. Dugaan ini juga berlaku di bulan Ramadhan tahun ni. Allah jadikan sesuatu itu pasti ada hikmah dan sebabnya sendiri. Walaupun tak terjadi pada kita, tapi pengajarannya pasti ada kerana mati itu pasti walau cara macam mana sekalipun. Mungkin ini menyedarkan kita supaya sentiasa memperbaiki ibadah kita dan kembali bertaubat kepada-Nya.


Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi