Tips Memperbaiki Diri Kita Setiap Masa


Pada mulanya saya dapat doa ini daripada suami, sebagai inisiatif beliau supaya beberapa doa di tampal di dalam rumah kami. Hatta doa makan sekalipun dia minta ditampal di dinding meja makan.

Kenapa se-simple2 doa pun nak di tampal? Sebab kita ni manusia yang alpa. Yang leka. Yang sering lalai. Asbab menampal doa di dinding rumah adalah sebagai peringatan buat kami, supaya dapat menjadi tabiat setiap kali melakukan sesuatu disertakan dengan doa. Alhamdulillah, sejak beberapa doa ditampal, kami jadikan tabiat untuk membacanya especially doa masuk tandas, hihi :D


************************
Dalam aktiviti harian mesti kita tak lari dari kelam kabut, especially kalau surirumah yang ada anak2, sambil tu berbisnes online lagi, sambil tu nak masak lagi, nak urus rumah lagi, nak layan anak2 lagi, nak layan customer lagi.

Ada masa memang rasa huru hara hidup. Ada masa jadual aktiviti lari dari yang dirancangkan. Ada ibu2 yang bagus bab2 menguruskan hal rumahtangga. Ada juga ibu2 yang masih buntu mencari solusi menguruskan masa sebagai surirumah.

Hari2 kita akan berlalu pergi. Setiap hari kita cuba mencari formula memperbaiki rutin harian. Dalam proses mencari, selitkan juga permintaan kita pada Allah agar memperbaiki diri kita. Semoga apa yang kita lakukan diniatkan sebagai ibadah.


********************

Untuk saya pastikan doa ni sahih, saya buka buku "50 Wasiat Rasulullah s.a.w Untuk Wanita" oleh Majdi As-Sayyid Ibrahim. Tajuk Asal buku ini adalah Khamsuna Wasiyyah Min Wasaya Ar-Rasul Sallahu 'alaihi wassalam Lin-Nisa'.  Di muka surat 363.

"Dari Anas bin Malik radiyallahu 'anhu, dia berkata: Rasulullahu 'alaihi wassalam berkata kepada Fatimah radiyallahu 'anha: 'Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku kepadamu, iaitu hendaknya engkau mengucapkan pada waktu pagi dan petang. "Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan diriku dengan sekilas pandang'. (1)

1. Isnadnya hasan, ditakhrij al-Hakim, 1/545.

***************************************

Follow FB : Norhayati Mohd Nopiah
WAHM.
Stokis Minyak Herba Asmak. Servis Graphic Design Harga Berpatutan. Hubungi 017-6699787.

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi