BLOG: utk apa sebenarnya?
Malam tadi secara kebetulan aku tengok rancangan BLOG terbitan sebuah tv. kalau dah nama program tu BLOG, isi-isi perbualan semua tu pun juga pasal BLOG. Cuma, tajuknya saja lain-lain setiap minggu. Agak bagus perbincangan yg dibuat, kerana mereka berbincang dengan tujuan membuka minda masyarakat tentang medium yg makin popular di Malaysia,iaitu blog! lagi pula, perbincangan tersebut bukanlah setakat berbual kosong sahaja, malah mungkin dapat menarik lebih ramai individu untuk memulakan hobi mereka dalam dunia blog ini. Yang pastinya, blog bukanlah perkara terbaru, lebih2 lagi pada masyarakat dari Barat. Aku rasa kalau diorang tengok kita ni baru nak berbual pasal blog mesti diorang tergelak habis..yelah, diorang dah lama guna medium ni, tapi kita pula yg baru terhegeh-hegeh nak bincang pasal blog. hehe. Bukan apa, bila aku tengok program blog mlm tadi, rasa macam diorang ni fikir yg blog ni sepatutnya merupakan tempat yg mesti di tulis dengan penuh informative. maknanya tak boleh la t...