BLOG: utk apa sebenarnya?

Malam tadi secara kebetulan aku tengok rancangan BLOG terbitan sebuah tv. kalau dah nama program tu BLOG, isi-isi perbualan semua tu pun juga pasal BLOG. Cuma, tajuknya saja lain-lain setiap minggu.

Agak bagus perbincangan yg dibuat, kerana mereka berbincang dengan tujuan membuka minda masyarakat tentang medium yg makin popular di Malaysia,iaitu blog! lagi pula, perbincangan tersebut bukanlah setakat berbual kosong sahaja, malah mungkin dapat menarik lebih ramai individu untuk memulakan hobi mereka dalam dunia blog ini.

Yang pastinya, blog bukanlah perkara terbaru, lebih2 lagi pada masyarakat dari Barat. Aku rasa kalau diorang tengok kita ni baru nak berbual pasal blog mesti diorang tergelak habis..yelah, diorang dah lama guna medium ni, tapi kita pula yg baru terhegeh-hegeh nak bincang pasal blog. hehe.

Bukan apa, bila aku tengok program blog mlm tadi, rasa macam diorang ni fikir yg blog ni sepatutnya merupakan tempat yg mesti di tulis dengan penuh informative. maknanya tak boleh la tulis sekadar cakap-cakap kosong. tapi itu bagi pendapat diorang la.kadang-kadang rasa nak bantah gak ngan segelintir pendapat org yg ckp blogging ni haruslah berilmiah.

bagi aku, blog ni tempat yg bebas utk cakap apa saja yg lahir dari pemikiran kita atau perasaan, asalkan jangan lah sampai memberi keaiban kepada orang lain, sbg contoh, blog yg menayangkan gambar-gambar artis yg berkelakuan tak senonoh tu. disebabkan bloggers jenis mcm tu la, timbulnya isu-isu yg boleh membuatkan blog ni jadi sempit utk melemparkan pemikiran atau pendapat.

Perbincangan tersebut juga cuba mengaitkan tentang blog yg mempunyai tulisan-tulisan emosional.Kenapa kita harus persoalkan perasaan marah seseorang tu kalau diorang nak lepaskan kat dalam blog?mungkin di sebabkan kes individu yg menulis hal-hal negative tentang politik di Malaysia atau sebagainya, telah membuatkan rancangan BLOG tersebut di tayangkan kepada umum, dan memberi perspektif kepada rakyat-rakyat yg tidak berblogging ini bahawa, blog ni suatu tempat yg mesti ditapis segala isi kandungannya. seperti ada gate-keeper yg memerhati dari jauh. mungkin ada orang-orang tertentu mahu medan blog ni jadi seperti surat khabar arus perdana- di sunting sebelum di post.

mungkin, perbincangan blog mlm tadi tak terlalu terbuka. mereka tak patut untuk melabelkan blog ni hanya utk tempat berilmiah. sedih la untuk orang-orang yg mcm aku ni. yela, terasa tau sebab diorang ni pk input-input dlm blog ni mesti kena berdasarkan fakta semata-mata.

pastu nak ajar rakyat lak kena banyak membaca mcm taraf orang-orang eropah. sebabnya, kalau tak byk membaca, xleh maju. fikir la sikit, kalau orang-orang yg dok luar bandar tu. macam mana nak dapatkan buku-buku berilmiah kalau kat kedai tu asik jual majalah mangga, novel cinta yg tak memberangsangkan minda,pastu buku-buku motivasi melayu yg rasa mcm dah banyak kali aku baca kat buku-buku lain?bukan semua malas membaca, kena kaji la. kena la ada data berapa juta orang yg tak membaca. kena lah ada penulis-penulis yg boleh menulis untuk meransangkan minda.

aku bukan cakap main ikut sedap hati. sebabnya, aku ni suka membaca. dah besar ni baru ada peluang nak cari buku tu buku ni, sebab aku dok luar bandar yg xde langsung kedai yg jual bahan-bahan berinformative melainkan kena pergi ke kedai buku yg jauhnya sejam tu. dah belajar ni baru lah senang nak cari buku. so, kena tau la sebab apa rakyat malaysia tak ada hobi nak membaca. kaji la..selidik la..jangan la main ajak je..amalkann budaya membaca...tapi sumbernya jauh nak dapat...

Comments

AMMOSHAM said…
yati, saya sokong. saya spm pangkat 2

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk