Sunday

yeah..hari ni dapat rehat cukup! 5hari seminggu aku kena kerja kat kedai. sabtu semalam gi kedai, tp tak buat kerja pun sebab dah ada org lain yg kerja. petang semalam ikut mak ayah gi hospital temerloh melawat kawan diorang yg sakit. Semalam kali pertama aku jejak kaki ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh. Kalau sebelum ni aku hanya tengok dari jalan raya je, tapi semalam bila dah masuk kat dalam tu..huh..bapak segala besar punya hospital la..wad pesakit pula memang cantik gak. lampu-lampu dalam wad tu pulak oren je..macam kat dalam hotel lak suasana wad pesakit..tenang je masuk dlm tu.

esok raya haji. beraya dalam hujan la kot. ala, raya haji bukannya mcm raya puasa..tak perlu lah nak beraya sakan..

tadi ayah beli daging kerbau...peghh..memang sedap..asik makan daging lembu je..sesekali nak gak mkn dging kerbau. ritu mintak ayah carikan daging rusa, tapi tak de stok lak kat umah orang yg jual tu. hurm,takpe la asalkan ade daging lain..tujuan aku cuma nak buat daging salai...hehe..skarang aku suka nak menyalai2 daging.mlm ni boleh perap dengan rempah n bakar..memang sedap!

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Tamargo Tablet Supplemen Kurma No.1 Malaysia