Resepi Japanese Cheesecake Cara Mudah Tanpa Guna Tepung

Wahh baca tajuk pun dah rasa macam tak sabar nak buat kek ni kan. Let's straight to the point bebeh.
Bahan-bahan dan sukatan:

120 g Cream Cheese 
120 g Coklat Putih (saya kurangkan kpd 100g saja sebab tak suka manis)
3 biji telur

Alatan :
Loyang kek saiz 6 inci
Baking Paper 
Mixer
Oven


Cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 170 C dulu. Sambil tu lekatkan baking paper yg disaluti minyak ke tapak loyang dan dikeliling loyang. Kena buat ni awal2 supaya nanti mudah nak masukkan bancuhan ke dalam loyang terus ye.

2. Pecahkan dan asingkan putih telur dan kuning telur. Putih telur letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais dulu. 

3. Double boil coklat putih. Didihkan air dalam kuali, kemudian letak coklat putih yang dipecah-pecahkan ke dalam mangkuk lain. Mangkuk tu pula letak dalam kuali yang isi air. Kacau hingga coklat putih tu cair.

4. Campurkan cream cheese ke dalam coklat putih yang sedang dilembutkan guna kaedah double boiler. Kacau sebati.

5. Angkatkan dari dapur dan masukkan kuning telur ke dalam campuran tadi, kacau sebati.

6. Keluarkan putih telur dari peti ais, guna mixer untuk pukul telur sampai jadi whip yang tebal, ini dipanggil meringue. Mula-mula guna kelajuan sederhana dan lama-lama makin laju. Meringue sudah padat bila kita terbalikkan mangkuk tu, meringue tak jatuh.

7. Ambil 1/3 meringue dan campur dalam campuran creamcheese tadi gaul cara kaup balik secara lembut2. Kemudian campur lagi 1/2 dan kacau bagi rata sebelum campur semua sampai habis. 

8. Masukkan adunan creamcheese dalam loyang kek. Untuk elak kek pecah, sapu minyak pada kertas baking paper. Alas bahagian bawah acuan dan keliling acuan dengan baking paper tadi, jadikan bentuk silinder (biarkan kertas bahagian keliling tu lebih tinggi dari loyang). Masukkan adunan dan hentak perlahan2 supaya udara naik ke atas.

9. Panaskan air, isi dalam dulang. Letak loyang kek tadi di atas dulang yang berisi air panas dan masukkan ke dalam oven.

10. Guna kaedah bakar 15 minit pada suhu 170 C, kemudian 15 minit lagi pada suhu 160 C. Kemudian biarkan lagi dalam oven yang tidak di ON selama 15 minit. Siap. Keluarkan dan ngapp 😄😄


Ini lah hasil selepas first time bakar kek. Huh teruja jgn kata lah walaupun kejadiannya tak seberapa nak jadi heheh. Tapi tapi...rasanya tetap sedap! Lembut, cheezy, moist, dan manis terlebih ( ni sebab aku tak berapa gemar manis sgt..mungkin nak cuba reduce sikit kuantiti coklat putih tu kalau buat lagi insyaAllah).

Kalau uols ada apa2 soalan jgn tanya iols tau, iols bukan ilmuan dlm bidang bakar2 kek ni. Ni pun hasil google dan youtube sajok 😂

Ok Selamat mencoba 😉👏🏻👏🏻

Ini hasil selepas keluar oven. Actually nampak mcm terkecut sikit, ini taktau lah pasai apa. Nanti ceq buat R&D lagi heheh.


Nampak padat teksturnya. Bila makan akan rasa moist dan lembut dan cheezy yummiehh!



Suamiku mula2 macam gelak2 je aku buat kek ni. Yela first time kot haha. Bila dia rasa sekali sambil berjalan ke arah dapur terus dia patah balik padaku nak tambah lagi makan...haaaa jgn ingat akak tak pandai buat kek ye haha (ye2 je aku nih). 

















Comments

Sedapnya!!!Tapi nak baking, ambil masa. Huhuhu...Sayalah, memang takut sikit kencing resipi baru. Haih.. Terima kasih kongsi resipi ni. Dah copy :)

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi