Resepi Udang Masak Merah dan Sayur Campur Masak Lemak

 Hai lately suka pulak nak snap2 gambar makanan dan kongsikan resepi. Resepi yg saya buat mostly memang cara yg mudah, cepat, dan rasa dia tepat ikut selera lidah ;)


Ok now proceed kepada resepi hari ni. Ni juadah nak buka puasa hari ni. Resepinya simple tapi nak buat tu jadi huru hara sikit dgn anak2 yang asik2 nakkan uminya ini. Papa dah balik kerja barulah lega nak masak dgn aman hee..check it out!



Resepi Udang Masak Merah

8 ekor udang (gaul garam + kunyit utk digoreng).
4-5 sudu besar Cili kering yang di blend.
1 1/2 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
3 sudu besar sos cili kimball.
Sedikit garam ikut citarasa sendiri.
Sedikit perencah cap hilal.
3 sudu gula.
*Minyak ikut kesesuaian nak menggoreng udang dan menumis.

Steps udang goreng:

Udang yang di gaul garam + kunyit di goreng sekejap je dgn api yg besar. Agak2 kulit udang dah merah boleh angkat, jgn bagi lama nanti isinya tak fresh. Ketepikan dulu udang ni.

Step sambal tumis: 

1. Blend Bawang besar + bawang putih.
2. Tumis bahan blend ke dalam minyak yg digoreng udang tadi. Jangan guna semua minyak goreng udang tu, ambil ikut sesuai nak menumis cili.
3. Biar kuning sikit bawang dan masukkan pes cili kering. 
4. Tumis hingga pecah minyak. Sambil2 tu kacau2 jgn bg hangit bahagian dasarnya. 
5. Dah pecah minyak  (cili dah garing dan minyak dah terpisah dgn cili) then masukkan gula. Biar dia sebati dan cili tukar warna gelap sikit baru kacau.
6. Masukkan perencah, sos dan garam. Kacau sebati.
7. Masukkan air sedikit bagi berkuah. Biarkan menggelegak, api sederhana je ni. Dah menggelegak kecilkan api dan masukkan udang yang dah di goreng tadi. Kacau sebati dan tutup api.



RESEPI SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK

Suku sayur kobis.
Separuh lobak merak yg besar.
Sepeket cendawan.
3 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
3 sudu pati santan (cap KARA)
Perencah, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

STEPS:
Blend bawang bg hancur.
Tumis bg kuning dan kering sikit (sebab bwg blend kan..ada air)
Masukkan sayur kobis dan lobak. Kacau hingga sayur hampir masak.
Masukkan cendawan, perencah, serbuk kunyit, garam, gula setengah suduh dan air secawan. Biar menggelegak.
Masukkan pati santan dan gaul sekejap dlm 2-3 minit. Tutup api.

*****************
TIPS: Semua bawang utk masak sambal dan sayur saya blendkan sekali. Sy tak tumbuk sebab nak cepat. Sebenarnya kalau utk buat sambal, sayur, kuah adalah lebih sedap bawang diblend. Kalau utk tumis, pastikan bawang blend benar2 dah kuning dan kering barulah rasa dia naik nanti.







Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Tamargo Tablet Supplemen Kurma No.1 Malaysia