Susun atur dalam rumah cara praktikal dan simple

Beberapa minggu ni mood mengemas sangat lah power, maklumlah sejak kurangkan aktiviti kat facebook tu, rasa banyak pula masa dapat di penuhi dengan aktiviti dalam rumah bersama anak2.

Sebenarnya saya nak share tips2 simpan barang ala malas. Ahaha. Iye, tips ni paling sempoi, simple, solutionable ahaha. Saya ni bukan yang jenis rajin menyusun selalu nak bagi kemas, lap2 habuk setiap hari, no no no. 

Saya lebih suka yang praktik, maksudnya benda tu mudah utk saya kemas semula bila selerak. Saya suka jimatkan masa. 

1-  bahagian ruang tamu, saya suka minimakan perabot. Minimakan color, kalau banyak color boleh jadi pening mata tengok. Saya tak suka bunga, kalau buat syarat naikkan seri rumah hanya boleh ada sejambak je. Tapi kalau yang jenis hiasan daun hijau tu akak very the like heee =D


2- Rumah saya dah tak guna tv. Ini khas untuk tumbesaran minda anak2 saya. Saya sorok tv. Kalau nak tengok sekali sekala je, tu pun tengok melalui handphone atau tab sebab mudah nak sorok lepas tu.

Punca saya sorok tv adalah sebab tantrum Adli yang teruk baru2 ni. Kejap2 nak tengok kartun, kejap2 suruh alih kartun lain, pula tu dia mengadap tv tu betul2 nak cecah hidung dia. Sebelum semuanya terlambat baik saya cegah dulu dengan cara drastik macam ni. 

Alhamdulillah lepas je tak tengok tv, Adli dah tak tantrum lagi. Kalau mengamuk pun dengan kondisi yang normal sebagai kanak2 yang nak membesar. 

3- Berbalik pada tips susun atur pula. Di ruang makan, dulu saya ada masalah untuk mengemas barang2 di atas kabinet. Konsep kabinet pula open, rak yang besar tapi ada bahagian2. Saya dah la 'rajin' mengemas kan, dah tu bila simpan je stok barang2 atas kabinet tu kalau tengok lama2 jadi pening kepala.

Kemudian fikir punya fikir, saya dapat juga solutionnya. Disebabkan saya nak 'sorokkan' barang2 atas rak tersebut daripada sakit mata melihat maka saya pun belilah kotak ikea berpenutup yang berwarna coklat tu. Murah je sekotak dalam harga rm3.90 tak silap saya. Saya beli dalam 6 kotak je sebab nak tengok sesuai ke idok. So far saya suka sangat. Saya susun barang ikut kategori. So Bila nak ambil barang makanan saya tahu dah yang mana. Label je saya belum tampal lagi. Kaedahnya, tak perlu pening2 kepala nak susun atur, pejam mata je pun dah boleh campak2 je barang dalam kotak tu heee. Clever kan. :p

4- bahagian dapur. Juga ambil masa untuk saya reorganize alatan2. Rumah sewa yg saya duduki ni takde kitchen kabinet, jadinya rak yang saya beli konsepnya open juga. Untuk bahagian dapur saya terpaksa akur dengan konsep 'terbuka' sebab alatan yang nak digunakan sangat kerap. So amat praktikal bagi saya dengan konsep terbuka. Kerja juga jadi mudah, lepas basuh dan kering just sangkut je kat tempat masing2.

5. Table top. Ini pun menyakitkan mata sebab terpampang barang kat bawahnya 😂 yang ni juga ambil masa lama untuk saya cari solusi. Ni sekarang tengah DIY langsir untuk table top. Alang2 tu DIY sekali langsir tingkap..selama ni saya biarkan togel je..huhu. Mujur jiran sebelah ada pagar dinding yang tinggi. Jadi, privasi jugalah kalau saya buka tingkap pun 😃

6. Pakaian. Oleh kerana saya ni jenis yang nak cepat dan taknak bazirkan masa mengadap lama2 kerja2 rumah jadinya saya memilih untuk tidak melipat kain baju saya dan hasben. Ahaha. Dengar macam pemalas je kan. Eleh tanya la siapa2 pun, hobi ke melipat baju ni? Banyak kot nak melipat. So saya hanya gantung saja baju2 kami berdua. Konsepnya, sidai dengan hanger, bila dah kering angkut sekali baju berhanger tu dan teruk hang kat rak atau almari. Macam saya, saya prefer konsep terbuka untuk hang baju. Memang jimat masa. Nak pakai terus ambil. Tapi malam ni rak baju saya dah patah, so terpaksa la sangkut sebahagian baju di dalam almari, sebahagian lagi kat rak terbuka lain. 

Baju anak2 pula saya lipat. Yang ni saya rela melipat walaupun banyak juga hehe. Tapi nak buat macam mana, takde almari dah nak sumbat pakaian diorang ni. So saya guna konsep susun atur di dalam bakul 4 segi, kategorikan ikut nama dan waktu siang atau malam. So bila nak ambil baju dah jimat masa nak cari baju mana yang nak pakai. Oh ya, bakul baju anak2 saya susun atas rak terbuka juga. 

Ok lah, dari masa ke semasa saya akan cuba upload gambar setiap bahagian yang saya dah ceritakan tu. Sebenarnya ada yang belum selesai mengemas tu yang kena tunggu sikit. Langsir pun berkurun nak siap jahit...yelah, ada anak2 kecil ni kena banyak fokus pada diorang juga. Nak masak lagi, nak main2 ngan diorng lagi..bila diorang tidur, masa tu jugalah kita nak tidur ehehe..

Tu saja buat .masa ni..adiosss ;)





























'

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi