Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage


Alhamdulillah, blog saya kini jadi lebih informatif berbanding post-post saya tahun sebelum ini. Mengimbas kembali detik-detik saya di berikan sokongan ilmu tentang blog, masa tu awal tahun 2015, saya masih bekerja, namun di dalam hati sudah mulai memberontak ingin berhenti kerja. Tetapi saya masih ragu-ragu lagi. Masih sayangkan gaji pada masa tu.
.
.
Saya mencari kekuatan dengan membuat "searching" di internet tentang panduan bisnes untuk surirumah. Ini sebagai bekalan saya jika saya sudah mendapat tittle "surirumah". Hinggalah saya terjumpa 1 blog tentang Akademi Bekerja Di Rumah. Saya teruja sebab saya hampir nampak di mana saya akan berada nanti. Dari situ kisah saya terjumpa secara "online" guru yang memberi tunjuk ajar tentang penulisan di blog. Saya perkenalkan guru yang dimaksudkan iaitu Puan Zaila Mohamad.
.
.
Bersama puan Zaila atau lebih mesra dipanggil Mekla, beliau telah buat 1 kumpulan khas untuk pelajar-pelajar asas blog. Setiap pelajar akan di berikan tugasan untuk membina blog, menulis secara konsisten di blog, mencari idea untuk menulis di blog dan memberi panduan untuk kita lebih fokus untuk menulis apa di blog. Nampak mudah je tetapi sebenarnya saya sendiri ambil masa yang lama sangat untuk mencari fokus menulis di blog. Lihat saja lah post-post sebelum ini, bercampur baur. Hehe. Cuma sejak akhir-akhir ini saja saya kembali aktif dan sudah tahu fokus saya.



Alhamdulillah, walaupun saya agak lambat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun saya tetap mengikuti perkembangan kumpulan sokongan Asas Blog & Fanpage kendalian cikgu Zaila Mohamad.
.
.
Seperti yang saya katakan, saya rasa sangat berbaloi setelah menyertai Kelas Asas Blog & Fanpage ini kerana ketika saya merasa 'lost' sewaktu berada dalam dilema bisnes, saya pasti akan rujuk kembali panduan yang saya dapat dalam kumpulan tersebut. Alhamdulillah, saya masih bersama team cikgu Zaila, dan pada tahun ini saya ingin kembali aktif di blog insyaAllah 😉👍
.
.
Untuk bakal surirumah ataupun surirumah yang masih tercari-tercari fokus bisnes, saya sarankan untuk sediakan platform blog sebagai medium untuk mempromosi produk. Mungkin ia kelihatan seperti tidak famous berbanding facebook, tetapi percayalah, jika blog anda penuh informasi, pasti orang akan mencari info di blog anda.

















Comments

Zailahafni said…
Salam kenal Puan Hayati.

Kita belajar dari guru blog yang sama hehe. Semoga blog kita makin aktif dan penuh info 😊

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi