Mari peluk dulu..haha! Fobia? Ia bukan sejenis penyakit, kalau rasa pun memang tak sakit, dan juga bukan sejenis gangguan mental. Yang pasti, ia adalah perasaan takut akan sesuatu. Takut hantu? Adakah itu juga perasaan fobia?tak tau la.. Ini bukan satu assignment dari pensyarah untuk cari apakah itu fobia. Tapi ini adalah perkongsian tentang ketakutan kita pada apa² saja. Pendek kata, fobia aku dan fobia kau. Mahu berkongsi? Tinggalkan komen kau lepas ni :) Spesis di atas ni namanya ulat bulu. Paling aku takut untuk melihat bentuk badan dan pergerakannya. Kerana bila melihatnya, badan ku akan geli geleman. Pengalaman dinoda oleh ulat bulu banyak sekali. Paling terakhir, semasa di kampus, spesis tersebut telah berjaya naik ke lutut aku. Dasar ulat bulu gatal!! Ini pula sejenis reptilia yang memang pemalas. Asal makan je tidur. Memang tak layak untuk jadi pemimpin rumah tangga. Kenapa aku fobia? Spesis tersebut serta ular² yg lain pernah melawat masuk dlm rumah aku iaitu di d...