Dunia Baru: dari drama ke Filem


Cuti raya cina ni mengundang kebosanan kat diri aku. Rutin aku kat rumah cuma tidur, makan, radio, bilik. Tu je lah yang mampu aku buat. Nasib baik aku bawa balik buku Membina Rasa Cinta, karya Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Sebelum tidur, buku tu lah yang jadi peneman mata aku yang hampir-hampir ngantuk, selain game Zuma yg tak pernah aku lepas level 6 tu. Haha!

Sejujurnya, buku ni masih lagi tak dapat tolong masalah aku sekarang ni. Mula-mula tu boleh la masa hubungan aku ngan dia tu masih harum2 wangi semerbak perfume elizebeth arden. hehe. Tapi sekarang ni, buku ke manusia ke memang tak dapat tolong aku lagi. Aku tak gaduh pun ngan dia, cuma aku rasa hati aku jauh sgt dari dia. oh, tak boleh cerita banyak kat sini. Mungkin ada kat sini.

Drama Dunia Baru di tv3 dah episod terakhir malam Isnin ni. Terkejut gak aku sebab aku banyak tertinggal cerita tu. Menyesal rasanya tak tengok setiap minggu, terpaksa la aku cari sesiapa yang ada download cerita tu. Hehe.
Selamat tinggal Dunia Baru 3. Aku akan rindu kat kamu semua (watak2 budak kampus tu). Aku minta sangat supaya Dunia Baru diteruskan musimnya sampai budak-budak tu semua grad! Tolong sangat2 ye kat penulis skrip ye!

Belum sempat drama bersiri tersebut melabuhkan tirainya untuk musim ke 3, filemnya pula telah pun keluar di pawagam pada 7 Februaru 2008. Aku rasa berbulan gak la aku tunggu filem ni keluar. Tak silap dari Julai 2007 lagi khabar angin nak keluar kat wayang. Mungkin banyak halangan kot dari segi ada pelakon yang sarat mengandung la yg skripnya terpaksa di olah dan di selarikan dengan keadaan semasa pelakon tersebut. Apa pun, aku salute kat penulis skripnya, Wan Hasliza Wan Zainudin yang telah menulis jalan cerita drama dan filem Dunia Baru sehinggakan ramai yang mengikuti cerita tersebut.
Nak tambah lagi, sountrack filem Dunia Baru pun boleh tahan gak.Baru aku tengok kat tv tadi. Nyanyian Duta berduet dengan Baizura Kahar yang berlakon gak dalam drama tersebut.

Apa pun, aku tak sabar nak gi menonton dengan kawan-kawan kat MP nanti. Haha, meh la join kalau terserempak ngan aku nanti.

Comments

-fAiZiQ- said…
citer tu mmg best.
Sy tgk 8hb lepas. x rugi duit kalo tgk citer tuh.....
Yattie Nopiah said…
o eh..
ni yg lg xsabo nk tgk nih.

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk