Aku Pelik yg Kau Patut Tau

Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Terima kasih kat kasyah kerana telah meng 'tag' aku. hari ni aku akan letak la 6 perkara pelik yg ada kat diri aku..tapi pada org lain tak tau la ni pelik ke tak.

1. Aku ketagihan air kopi. dalam sehari aku boleh minum kopi sebanyak 5-6 cawan sehari tanpa mempedulikan air masak yg lain. aku tak tau kesan negatif kalau ketagihan kafein ni. kalau ada yg tau tolong komen kat aku yek :)


2. Aku suka meletup²kan tulang pinggang, tengkuk dan leher aku..ahaha..kau tau kan mcm mana aku buat?ala..yg mcm bunyi tulang rapuh tu..aha. Paling aku suka buat masa dalam dewan peperiksaan. Masa tu keadaan sangat sunyi dan aku suka memecahkan kesunyian tersebut dengan bunyi²an tulang aku..ahahaha.

3. Aku suka menyelit kat mak aku kalau beliau sedang berbaring kat atas kerusi panjang..bayangkan badan mak ku yang cukup muat untuk satu kerusi ditambah lagi dengan badan ku...(nasib baik kecik)..

4. Aku tak suka tilam aku beralaskan cadar. Itu lah yang terjadi kat tilam aku sekarang. Tiada cadar, walaupun aku berusaha untuk meletakkannya tapi aku rasa rimas kerana aku tak suka nak memperbetulkan cadar² tu kembali. Andai ada orang yg sanggup kemaskan katil aku hari², tentu aku akan tidur beralaskan cadar :)

5. Aku tak suka bunga dalam rumah aku. Dan aku memang tak suka rumah aku dipenuhi dengan bunga plastik yang cepat mengundang sawang serta habuk tu. Kebanyakan bunga² tersebut telah selamat aku abadikan mereka di dlm stor bilik..

6. Aku lebih suka mengumpul sesuatu barang itu daripada menggunakannya. Contohnya, aku nak sangat beli cd Kelly Clarkson, tapi bila aku dah belinya aku jarang sangat nak dengar lagu tu.

Sekarang, kerja aku sudah selesai. Aku perlukan mereka di bawah ini pula untuk di tag.

PrinceQ
Psychofritz
kumprinx
Azlina
Wizurai
Ariff

Haha..kalau dah ada yang kena tu,abaikan je la..paham² je la aku tak kenal ramai bloggers lain.. :)

Comments

Kasyah said…
1.Aku akan pening kepala kalau minum banyak2 kopi. serius sangat sakit.

2.Yang ni pun aku suka buat..seronok.

3.Yang ni aku tak pernah try dan aku taknak tahu akibatnya..hehe

4.Hoho malas nak kemas cadar ye. Aku suka kemas cadar dan tak suka nampak bersepah..haha.

5.Aku suka tumbuhan hidup dalam rumah tapi aku malas nak siram..haha. bunga plastik aku tak berminat. :D

6.Haha...penat je ko susah payah nak daptkan barang tu... :P

tq..seronok aku mengetahui kepelikan ko.
Yattie Nopiah said…
haha..
aku pun tak tau la suma tu pelik ke tak..

sebab kalau tak buat suma ni mmg aku tak tau la apa yg pelik dlm diri aku..ahaha..mmg pelik :O
Nashrex said…
xkenal ramai blogger?
meh aku kenal..
hehe

*menyebok sini.. huhu
Nashrex said…
oh..

*menyebok jap. :p
Yattie Nopiah said…
hakhak..
menyebok saja?
xmo komen2?
:)
terima kasih lawat blog sy.
mohdismail said…
tadi kan, ade orang lapa nak makan ayam goreng sama nasik.. hikhik..

*makan kopi dengan nasik pun sedap Cik Yattie :p
muhdzahari said…
ketagih kopi? hati-hati, ada sejenis drugs dalam kopi tu. tapi tak tau la effect nya boleh bawak ketagih ke tak. saya pon suka letup-letupkan sendi tu, argh..lega ras lepas tu.. hehe..
Yattie Nopiah said…
to cik mail..
td kan..ade org suruh makan TELUR GORENG dgn nasik je..
kdokut betul nk bg telur goreng jek :p

muhd zahari.
ouh..ada drug yek.
jenis apa tu ek?
sdap ler kopi nih..ihi.
ouh letupkan sendi..sy silap guna ayat la yek..'letupkn tulang'...ahaak!!
shutterspeaks said…
skang, baru aku tahu rahsia tidur nyenyak ke tengah hari buta ekekeke
WaWa said…
aku pon suka minom kopi. yeah. sejak dari sekolah lagi. dan kopi tu xde effect lgsg pd aku.

pergh~ kalo aku berada dlm dewan peperiksaan sama dgn ko, aku rasa aku akan cekik ko masa2 itu juga. hehe. konon x boleh concentrate..

erkkk.. x bole nak kata apa. kau, umur berapa? 5 tahun?

aku baca komen kasyah. dan aku rasa korang boleh menjadi pasangan yang ideal. hehe..

sepatutnya aku tulis psl bunga juga dlm entri aku tu. aku, wpon seorg pompuan, tdk mempunyai perasaan terhdp bunga. hehe..

yg ni pon aku rasa kita sama. :) aku akn dgr 2-3 kali, pastu bersemadi la ia di rak cd sampai entah bila.

hehe.. tapi konklusinya, aku rasa, kau lagi pelik drpd aku! :p
Yattie Nopiah said…
shutter.
haha.aku kuat minum kopi pon still rasa ngntok xley nk bgn awl..aha.

wawa..
wahwah..
nmpaknye kte byk persamaan..
hik..nape samakan aku ngn kasyah lak..huihui.
sbenarnya br aku rasa diri aku pelik..ahaha..er..er..takotnya jd pelik :I
Kasyah said…
WaWa : Psgn ideal??hari2 mesti gaduh..haha .Tapi aku setuju yattie ni lagi pelik dari ko.... muahahaha
Yattie Nopiah said…
whoaah..
jgn..jgn...
aku ni pantang di ajak gado jika mnjadi pasangan aku..huhuhu:(
ahaha..aku rasa aku ni makin pelik lor..ehahha
shutterspeaks said…
aku setuju, kasyah mmg seswai dgn ko. ko x ske kemas katil, kasyah tolong kemaskan, 1 contoh. byk2 nnt krg korang kata konspirasi pulak :-p
Kumprinx said…
kau tunggu!
kamarul said…
kesan negatif kaffein adalah.... anda akan mengalami lenguh2 yg seterusnya membawa kepada sifat suke meletop2kan tulang pinggang itu..
hehehe..
eh, bole link blog anda ka?
WaWa said…
yattie, terima kepelikan diri kau seadanya. haha..

kasyah, err.. korang bole tolak ansur. kata orang melayu, berselang-seli. hahaaa..
Yattie Nopiah said…
shutter..
ahak..korang jgn cipta la konspirasi tuh..satgi tersedak kasyah baca byk2 komen korang tu..ahha.

kumprinx..
aku menanti :P

kamarul.
betul ka fakta kau tu?
patut la sdap tulang aku ni diletup2kan..ehe
mari la tukar link cik kamarul :)

wawa..
nggeeeee..kau pun boleh bertolak ansur ngn kasyah..hahahaa:)
asik nak kenakan aku ngn dier jek yek..haha..nnt kau:p
Kasyah said…
oh...aku tak datang sini..macam2 lak korang cite ye...haha. aku sudah pening kepala buat setengah hari kat depan komputer belajar gimp..
Yattie Nopiah said…
bukan aku eh yg start citer..
dorg k..ahahaa;p

weh ape yg ko blaja tu gimp?
share2 la sket:)
NezJoe said…
saya juga suka minum kopi atau nescafe.
kira kopi la tu ek.

tringat masa belajr dulu, bancuh nescafe pepagi buta.
study katakan!

-salam kenal-
:D
Kasyah said…
yeah..aku sudah sharing... dan ada nasihat sekali utk ko..haha
princeq said…
Lorr..Q pun kene tag ker !!?? Huhuu.. :sad:

Q bukan tak suke kene tag..Tapi segan woo nak dedahkan KEPELIKAN diri Q ni..kehkehkeh.. :lol:
Yattie Nopiah said…
nezjoe.
yep.aku pon suka mnom nescafe.
tp kopi lg sdap.ihi.
whooa..masa blajar dulu?skrg x blaja ek...

kasyah.
tenkiu tenkiu..
ala..aku da suka kt musang berapi la..ihi
Yattie Nopiah said…
Q..
aha..ala xpe..
yati saje je nak suka2 je..
kalo xnak wat xpe..bkn wajib pun:)
ehe.
WaWa said…
well, shutterspeaks sokong aku. haha.. eh, xde konspirasi eh.. :p
Yattie Nopiah said…
ouh tidak..
sokongan dibantah okeh..
eheh:P
princeq said…
elehh..majuk plak dia..hohoo..Q dah post kat blog Q k.. ;)

sape2 yg sudi dtg ler ker blog Q.. :P
http://www.princeq.com
manchurr said…
kenal2 la blogger lain.. macam aku ni.. wes. ko minum kopi byk nyer. bukan x bagus ke pompuan minum byk2 huhuh yattie.. exchange link jom? sudi x?
NezJoe said…
mahu link blog kamu..
boleh?
Yattie Nopiah said…
Q..
orait..nnt yati komen kat Q..
ehe..msti pelik2 kan..:)

manchurr..
nape pmpuan xley mnom byk kopi?
ni yg nk kurangkan nih..
mari tukau link!

nezjoe..
jom tukau link..
- G O R O - said…
Kamu minat Gmbar? ada fotopages? Ops..salam..
Man Churr said…
aku dah link ko dlm blog aku wahai yattie!!
Yattie Nopiah said…
goro.
yep minat.
tp xwat pun fotopages tu.
gmbar pon xbyk..ihi.

manchur.
okeh.akan ku add link kaO.
author said…
huhu.sesat~.x nak wat msjbox ke?
WaWa said…
pergh. dengan kepelikan ko, ko berjaya dpt 34 komen. mmg mantap lah! haha. oh ya. aku dah berjaya menyamakan taraf dgn ko sbg komentator teraktif di blog mohdismail. dan di blog kasyah, lihatla siapa diatas. hahahaaa..
kopisham said…
kopi apa awak minum? saya cadangkan kopi kolombia....harum...
Yattie Nopiah said…
author..
akan sy usahakan utk letak msj box..
trima kasih yek:)

wawa..
hohOo.kau sudah melepasi aku yek.
xpe2..aku amik masa sket yek..
kerana kepelikan aku ni la ramai yg sedar kewujudan blog aku ni..tenkiu2..

kopisham.
sy x minum kopi mahal2..
mnom cap hang tuah sudeh..ahak!

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Tamargo Tablet Supplemen Kurma No.1 Malaysia