Katakan TIDAK!!!!!

Oh Tuhan....tolong beritau siapakah peminat bawang putih bawang merah yang minta rancangan tu diulang siarkan kat tv3 sekarang ni? Adoi..adoi..Salah siapa la ni. Marah tul aku ngan tv3 sekarang ni. Kalau diikutkan tag line tv3 " Sentiasa disisi mu" tu aku rasa memang dah bukan kat sisi aku dah sekarang ni.

Adakah rancangan yang disiarkan semula tu merupakan atas permintaan ramai? atau tv3 sendiri yang sengaja nak jimatkan kos pengeluaran drama2 tempatan (kalau ada la kos2 mcm ni..ehe) atau drama tempatan dah takdak duit nak buat drama baru yg bagus? atau ini adalah atas permintaan pengiklan tu sendiri?

Kadang2 pengiklan tu nak pulak produk diorang ni disiarkan mengikut rancangan tv yg popular. tapi aku tak tau la plak kan, cerita merepek macam bawang putih bawang merah tu pun ada nak selitkan iklan2 diorang. Sebagai pengiklan kan (ceh..mentang2 la aku blajo sket advert ni) diorang tak rasa rugi ke melabur berpuluh ribu (katakan RM30,000) utk beberapa minit, pada program yang dah terang lagi nyata bahawa orang takkan berminat utk tonton lagi? memang la tanggungjawab diorang dah abih bila serahkan produk iklan diorang kat sesebuah medium, tapi nape tak takut ke bila takde sape nak tonton rancangan tu, kemungkinan produk iklan diorang tu takkan mendatangkan hasil pada diorang?

Kadang2 nak marah pada stesen tv tu pun macam takdo gunanya gak. yela, suara kecil kita mana nak di dengar.. bagaikan bayi menangis2 sakit perut, tapi diberinya lak susu nak bagi ilang nangis. hehe.
Bak cakap ayah aku la, sekarang ni beliau nak tgk berita pun dah beralih arah ke stesen tv lain (bukan astro la). maksud aku ke RTM la. Kalau dulu, aku merupakan pengkritik bebas kat rumah tentang RTM, tapi sekarang ni aku da nampak isi yg cukup2 berinformasi kat RTM ni. Sumpah, aku bukan dibayar utk mempromosikan apa2 medium, kerana ni adalah pendapat peribadi aku sendiri yang mana dah lama terbuku dalam otak aku ni. So, ni pendapat peribadi aku. Kalau ada yang tak puas hati, ini cuma lah datang dari hati dan dari apa yg aku lihat sendiri. Mana yang tak puas hati, sila lah terima kritikan ini sebagai inisiatif untuk berubah.

Kerajaan kita boleh berubah, takkan media2 kita pun tak boleh nak berubah. Terlalu banyak hiburan..hancur kehidupan! hilang jiwa ketuhanan. Teringat aku tadi masa tengok diari AF yang terbaru ni. Aku tak follow pun,cuma nak tengok je. Masa diorang berselawat beramai2 dengan sorang ustaz tu (sambutan maal hijrah tak silap aku). Kesian gak aku tengok budak2 AF yang bersaing nak menang dan popular tu sebab kebanyakan diorang tak dapat nak ikut selawat tu sampai habis. Malu la gak sebab kebanyakan diorang ni Muslim...yang perempuan lak aku tengok, dah tau nak tutup aurat depan ustaz tu biarlah moleh sikit. Kalau nak hormat pun pada ustaz tu biar la pakai tudung/ selendang tu bagi senonoh sikit. Ini tak, main ikat camtu je. Kalau time perform tu diorang boleh pakai lawa2 takkan la bila nak pakai tudung pun nampak tak kemas. Sekurang2nya tunjuk la yang Islam ni agama yang suka pada kekemasan juga. Nanti orang lain nampak tak ke malu kita ni..

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi