canon eos 350d

Hampir setengah tahun gak la aku tak sentuh camera aku ni. kesian gak aku tgk ia keseorangan kat dlm almari. Sejak ia mula dinyorokkan dlm beg, dan diletakkan dlm bilik di rumah sewa, aku mula tawar hati nak guna ia. Bukan apa, aku takde masa nak bawa ia berjalan2. Maklum la, camera aku ni perlukan teman sepermainan gak. Kalau takde teman, maka moodnya akan lari. tiada keseronokan utk men'capture' keindahan alam ni. Dengan kata lain, aku takde member yg sehobi ngan aku ni utk bereksperimen. Ahh..tensen ah!

Disebabkan tu la, mulai sem ni baru la aku nak bg kehidupan semula kat camera aku ni. Tapi kali ni aku akan serahkan untuk sementara waktu kepada junior aku yg amat memerlukan camera jenis tu. Serah sementara ni maksudnya aku akan sewa kan la camera aku tu. Ala, memula tu sedih la gak..pasal aku akan berpisah gak ngan teman tak sepermainan aku tu. Agak murah la gak sewaan aku pada junior aku tu. Xyah la cakap bape..nanti terkejut lak org tau. Terkejut kalau mahal xpe..ni terkejut pasal aku kasi sewa murah. Hmm. xpe la kot. Asalkan budak tu pandai jaga bebaik camera kesayangan aku tu.

Yela, kalau dulu aku nak beli punya la susah payah nak survey sana sini la. tanya org tu tanya org tu la tanya org ni la, sampai blog aku jadi aktif pun sebab perkara2 tersebut.ehe.

Tapi,mengenangkan agak susah kalau xde camera tu nak wat keje, aku kena la berperikemanusiaan gak bab2 ni. Tah la, xnk la ckp psl tu. Sbab byk kenangan yg xleh lupa pasal camera tu. hui..bunyik cam nak berpisah lama lak ngn 350d aku tu.

Lepas mid term break ni, aku akan sewakan camera tu. Harap2 takde apa2 yg x elok jadi.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017