Hari Pekerja!

pagi ni bangun awal sangat..padahal aku baru je tidur pukul 4 pagi tadi. tah, tak boleh tidur lama plak tak tau nape. fon lak tak boleh nak ON, bateri dah kong..cajer rosak! sunyi sikit arini nak msg ngn my dear..dan2 lak cajer boleh rosak.

semalam aku baru je sampai kt pahang..lepas dari melaka aritu, aku terus ke PJ dok rumah abang. Ingat nak kerja la 2bulan kat sana, tapi seperti entry sebelum ni, aku tak kesampaian nak terus bekerja. bukan takat alasan aku penat atau tak tahan ngan tempat kerja tu, tapi lebih dari tu. Sepatut esok aku mungkin masuk kerja kat sushi king. dah siap gi interview n buat semua dokumen kwsp n akaun bank skali...tapi last2 aku buat keputusan nekad saat-saat akhir nak balik ke jengka.

kesian n sedih aku terkenangkan abang n akak ipar carikan kerja utk aku..ye, aku bersalah juga tp, setelah memikirkan baik buruk setiap perkara, aku nekad telefon mak pagi semalam n nekad balik sini. abang n akak mungkin sedih...tapi, aku minta maaf sangat2.......
aku harap ada suatu yg baik di sebalik keputusan drastik aku semalam. aku benar2 nak balik sini nak jumpa mak ayah. dah berapa bulan aku tak jumpa mak ayah. dan aku rasa, ke pangkuan ibu lah yg patut aku gi...bukan apa, aku agak tertekan sejak kebelakangan ni. InsyaAllah, bila dah balik sini aku akan lebih tenang..amin.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk

Tamargo Tablet Supplemen Kurma No.1 Malaysia