Yang terbaik

Yang perit, itu yg terbaik manakala yg manis itu mungkin tak baik. Kita mahu yg manis padahal ianya mungkin tidak baik pada kita. Setujukah begitu? Kesabaran itu penting dalam agenda harian kita. Kita mahukan satu2 benda itu,tapi berat untuk kita dapat...seperti Tuhan tak benarkan kita mendapatkannya. Lantas kita berkata diri sendiri itu tidak bertuah, kurang bernasib baik..kita pening memikirkan bagaimana hidup kita esok lusa jika hari ini keinginan kita itu tidak tercapai. Sambil dalam hati membandingkan bahawa orang lain telah capai cita-cita mereka itu. Telah peroleh apa yg mereka impikan..

Sebenarnya, dalam kesukaran kita mendapat perkara yg kita inginkan sangat itu telah tertulis di atas bahawa kita bakal perolehi sesuatu yg lebih baik dari yg kita inginkan itu. Itulah sebenarnya impian yg telah kita tanamkan beberapa lama dulu. Kita terlupa,itulah yg pernah kita mahukan...inginkan..capaikan.

Tuhan menguji kita kepayahan pada sesuatu perkara, Tuhan memberatkan perjalanan kita untuk menuju ke perkara itu,akhirnya Tuhan tunjukkan pada kita bahawa ada hadiah yg terbaik utk kita.

Namun yang pasti,setiap permulaan kepada sesuatu yg terbaik itu pasti akan ada ujiannya lagi. Hidup ini kembali berulang berhadapan dengan pahit manis. Itu pasti..oleh itu,bersabarlah.

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi