Melayu kaya dengan peribahasanya

Sebelum melelapkan mata menuju lena,
sebelum merehatkan minda dan tenaga,
sebelum mengimbas kembali detik-detik hari ini,
ada perkara yg bermain-main di fikiran utk dikatakan...

Pertama,
owwwhhh...mcm ni rupanya orang bekerja kan..
penat sgt2...
tapi kan, nape penat ni tak mcm penat masa keje cashier dulu ek..
dulu lagi teruk...keje 12 jam tgh2 mlm baru balik...
tapi tak sepenat ni...
nape ek....kerja wat masa ni tak berat sgt...
dok depan pc and call client ngn media owner yg lain je...
tapi bila balik rumah penat sgt2...
adakah aku tak gembira dgn pekerjaan mcm ni?
walhal ini praktikal semata-mata...

kadang2 terfikir gak...
betul ke ni jalan yg aku nak amik nanti?
atau ni permulaan jalan, jadinya aku masih kekok n tak dapat nak adapt lagi...
aku tak tau...
tapi hati kecilku...mcm tak dapat nak terima kerja mcm ni suatu hari nanti,
aku penat sgt...
bab penat ni bukan bersangkut paut dgn aku yg terlalu manjakan diri sgt..
ni berkaitan dgn jiwa aku...
cari kerja yg berkaitan dgn jiwa atau kerja saja mana2 yg ada?
kalau nak kena ngn jiwa mesti la ckp aku memilih kerja nanti...
tiba-tiba aku rasa aku taktau nak kerja apa nanti...
sebenarnya aku terfikir gak nak jadi surirumah sepenuh masa je nanti..
kalau kahwin duduk je rumah jaga makan pakai anak bini..eh anak suami..
tapi kena la cari laki yg tol2 mantep...hehe.lau tak makan pasir je la nanti..
bab2 cari laki kena memilih lah.sebab nak hidup lama ngn suami..
kalo kerja boleh la cari merata2...kalo suami, boleh nak cari rata2?
tapi kalau yg depan mata pun da tknak lebih baik cari je la merata2 kan...hmm ok.

***********************************

Kedua..
Tak larat la....
Bagai pungguk rindukan bulan...
Bagai kaca terhempas ke batu..
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan..
Ada jarum hendaklah ada benangnya,
Usah lah aku tak endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang,
Mahu di enggang lalu,
Putih mata kerana memandang,
Badan dapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki,
Kasih sepantun tulisan sepinggan..
Mengadu air dengan garam..

****************************

p/s: yang tersirat itu lebih bererti dari yang tersurat...



----------------
Now playing: Dinamik~Dilema Rindu
via FoxyTunes

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi