Rindukan tulisan di sini

Di sebabkan asyik melayan Facebook, sampai terlupa pasal blog aku ni. Tak ada masa tu memang betul sebab nak menulis panjang2 ni kena ada masa yang lapang supaya idea tu datang menjengah tanpa perasaan tertekan. Ye, sekarang ni agak (banyak) tertekan. Dengan kerja, dengan kerja, dan dengan kerja.

Untuk pengetahuan / peringatan kembali (ceh, macam ada lak orang yg membaca ;p), aku ni weekend pun kena kerja. Cuti lak sehari je iaitu hari Isnin. Memang macam takde kena mengena dengan hal aku yang takde masa nak berblogging lak kan? Eh salah tu..memang ada kena mengena pun. Lepas kerja (selalu lepas maghrib aku akan balik rumah). Paling busuk pun dalam pukul 8 malam aku dah ada kat rumah. Bila dah balik rumah, aku dah tak ada keupayaan utk berfikir untuk menulis di blog. Lagi satu punca besarnya yang buat aku dah lama tak luangkan masa di blog adalah sebab aku dah takde netbook (kes kecurian masa raya puasa hari tu).

Jadi, bila dah takde netbook, dengan automatiknya aku pun takde mood untuk berblogging. Yelah, bila objek tu ada depan mata, taknak lak guna. Asik berfacebook je la 24 jam. Pastu bila dah takde, mula la terfikir nak beli baru, pastu nak update blog, nak itu, nak ini.

Nanti-nantilah beli baru. Sekarang, kena gunakan duit untuk perkara yang lebih memerlukan..contohnya karaoke. Eh, tu perlu tu..sebab selalunya lepas kerja memanglah penat..pastu saje nak hilangkan penat dan tekanan, terus je la gi karaoke. Tak jauh pun..jalan kaki je dari rumah. 1ringgit 1 lagu. tak mahal.

Yang ni boleh tulis panjang-panjang ni, dah beli lappy baru ke? Aish..perli diri sendiri nampak..takde lah, ni pinjam pc kat ofis jap..sementara kerja takde ni n bosan taktau nak buat apa..tiba-tiba hati merindui blog ni :')
Tu yang boleh luangkan masa jap kat sini.

Tiada gambar untuk di upload. sebab semuanya kat facebook. Di facebook, ada segelintir je yang tau aku ada blog. Tu pun mungkin diorang dah terlupa. Jadi, aku tak peduli semua tu. Ni lah satu-satunya tempat peribadi aku yang boleh aku lepaskan semua emosi dan perasaan hati aku. Kalau kat facebook bila kita luah sikit perasaan itu dan ini rasa macam tak bebas pulak. Entahlah..lantak la. Janji aku dah dapat lepaskan rindu di sini :')

Nak rindu kat semua orang yang pernah baca blog ni :')

Aku rindukan kamu semua :')


Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi