Saya Kembali Hidup!

Dah kenapa kembali hidup ni, sebelum ni tak hidup ke? haha. Kata saya kat diri sendiri .

ye, seperti hidup kembali. Dapat nikmati kehidupan yang lebih tenang di rumah, bersama dengan Muhammad 'Adli bin Ibrahim. Tiada lagi life office hour. Tiada lagi sign in kedatangan. Tiada lagi berat kepala nak bangun pagi-pagi. Yang ada sekarang ni hanyalah suami yang soleh, anak yang bakal soleh, dan diri sendiri.

Tapiiiii....bukan duduk rumah saja-saja..kehidupan kerja tetap diteruskan. Buat kerja rumah, bisnes online, tengok tv (kerja gak tu hehe) dan apa2 je yang patut.

Now nak habaq mai...ceq dok rumah pun setiap hari dok pikir strategi pemasaran tudung Instant yang bakal dikeluarkan bulan depan InsyaAllah. Sekarang baru tengah tempah website, tempah tudung, tempah itu tempah ini, semuanya ambil masa. Dan sebolehnya saya buat dalam kos yang sangat minima untuk permulaan. Saya nak eksperimen production yang pertama ini. Kalau berjaya saya keluarkan dan pasarkan dengan kos yang minima dan dalam masa yang sama di terima ramai, saya akan kongsikan dengan orang..insyaAllah.


Baru saya tau, bukan mudah nak keluarkan sesuatu produk tu..yang senang hanyalah merancang. Kita boleh rancang tu rancang ni, nak buat tu nak buat ni. Semua buat atas kertas. dalam satu jam pun dah siap perancangan. Cumanya nak keluarkan idea atas kertas tu ke realiti bukannya mudah dan cepat. Kita bekerja dengan manusia ye bukan dengan robot.. jadi kena juga fikir situasi2/halangan2 yang dilalui oleh mereka. Sebagaimana kita nak orang mudahkan kerja kita, kita kena mudahkan kerja orang juga. Allah Maha Menentukan, lambat atau cepat produk kita siap semua tu dah di takdirkan.


Dipendekkan cerita saya berazam (cewah) untuk menempuh kesukaran2 tersebut dan jadikannya lebih mudah akan datang. Macam mana tu taktau lagi. tapi tu je yang tercetus dalam fikiran saya.

Nantikan produk tudung instant saya di bawah jenama Jauza Belle.
"JAUZA BELLE"

Yattie Nopiah,
Founder of Jauza Belle.
Registered under Jauza Niaga Ent.



Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017