Mula Belajar Berniaga Shawl/Tudung Instant Terkini

Assalamualaikum,

Perniagaan Tudung dah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di semenanjung malaysia hehe. Ramai yang nampak Bisnes ni boleh dapat return yang cepat kerana permintaan yang tinggi dari pembeli wanita terutamanya remaja dan wanita dewasa. Kos untuk pengeluarannya juga sangat minima berbanding dengan kos pengeluaran Jubah/Dress/Blouse. 

Ramai yang saya tahu (termasuk diri sendiri hehe) berangan-angan untuk keluarkan fesyen baju/Jubah rekaan sendiri dan label sendiri. Tapi dalam masa yang sama juga terlupa untuk berangan untuk dapatkan database (customer) sebelum mengeluarkan dan menjual produk sendiri.

Ini adalah satu kesilapan besar sebenarnya dalam memulakan proses berniaga secara 'nak cepat famous'. Fikir balik dan fikir baik-baik...apa niat kita nak berniaga sebenarnya terutamanya dalam industri fesyen ni?
Adakah kerana nak jadi seperti Zawara? Elle Zada? Bella Ammara? Atau sesiapa saja yang terkenal?
Sebenarnya boleh nak jadi seperti mereka tu. Tetapi........Adakah awak dah pernah buat jualan secara kecil-kecilan dahulu? Pernah kenal siapa pelanggan awak? Kalau awak nak jual baju/Jubah/Tudung sekalipun adakah awak tahu pakaian-pakaian tu direka untuk peringkat umur yang macam mana?
Atau adakah awak feeling2 Founder online boutique yang buat rekaan atas dasar minat awak semata-mata?Jengg Jengg jenggggg!!! Adakah awak rasa semua tu betul kena dekat awak? Kalau benar...simpan balik angin-angan tu sampailah awak dapat senarai Pelanggan awak dan awak tahu apa yang mereka hendakkan..bukan awak ye ;)

Melainkannnnnn lah..jika awak ni memang dah ada simpanan duit yang banyak, yang dah tak tahu nak buat apa dengan duit tu kemudian barulah awak boleh gunakan duit tu untuk MARKETING awak.
Faham ke faham?

Banyak lagi saya nak kongsikan beberapa kesilapan sebelum memulakan perniagaan. Ini saya dapat dari pengalaman saya sendiri. Saya tak kata saya sudah berjaya sekarang kerana saya masih belum dapat lagi apa yang saya nak capai. Saya bermula dari kosong semula. Dan disebabkan facebook pula sekarang ni menukar semula 'algoritma' (term ni saya kaut dari otai2 Internet Marketer) supaya post-post iklan percuma di Personal account dikurangkan kadar 'view' nya, maka dengan ini saya isytihar untuk kembali kepada blog pula. Hehe.

Ni antara tudung2 yang boleh dipakai oleh Mass Market. Mass market ni terdiri daripada kelompok yang suka/tak kisah untuk beli produk harga mampu milik. Untung sikit tak apa asalkan dapat volume yang besar. 




Untuk yang masih tercari-cari produk apa nak buat berniaga ni boleh cuba belajar jual tudung..cuba latih untuk dapatkan sorang customer dulu, buat hari-hari...setiap hari 1 customer, lepas tu naik lagi 2 customer Dan seterusnya. Sebab dalam apa-apa perniagaan pun perkara yang paling WAJIB sekali adalah AKTIVITI untuk mencari customer. Ok untuk dapatkan senarai warna-warna Tudung yang ada boleh WHATSAPP saya 017-6699787.

Whatsapp: 017-6699787.
Tudung diatas berkemungkinan akan kehabisan stok jika awak lambat bertindak. Borong 3 helai, 5 helai, 10 helai atau 20 helai. Harga borong gerenti murah. Dropship dialu-alukan.






Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi