10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Ada lagi yang masih tercari2 idea untuk bisnes 2017 ni kan? Masih belum terlambat untuk sesiapa saja memulakan bisnes dari rumah. Seakan-akan trend pula sekarang kan =)
.

Bertuah suri zaman ni tau, sebabnya nak buat bisnes bukannya susah dah sekarang. Tak perlu keluar modal duit untuk beli stok barang pun takpe. Hanya mulakan je dari agen dropshipper.
.

Ayat2 iklan pun mudah je nak buat sekarang. Hanga copypaste je dari product owner yg uols deal tu. Gambar pun just download je dari diorang.
.

Apa lagi kesusahan utk berbisnes zaman ni? Takde lagi alasan sebenarnya kan. Yang penting cuba je sampai dapat hasil jualan pertama. Sebenarnya hasil jualan pertama itu lah peransang untuk kita buat lagi dan lagi dalam bisnes ni.
.

Oklah saya nak berkongsi IDEA sedikit untuk Bisnes Surirumah tahun 2017. Kenapa bisnes servis yang saya tekankan? Ini kerana kebanyakan bisnes servis tidak melibatkan modal ‘stok’, risiko lambakan stok bawah katil juga dapat di elakkan. Namun ada contra nya juga. Bisnes servis ini perlukan masa dan tenaga untuk dilaburkan. Makanya, ia boleh jadi penat jika seseorang itu mudah cepat putus asa. TETAPI, saya pasti di saat-saat ekonomi sedang gawat ini tiada lagi alasan untuk berputus asa. Eh banyak pula mukadimahnya kan. Jom check it out 10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017 ini.



BISNES SERVIS

1. LIPAT BAJU, IRON BAJU, HANTAR BAJU KE DOBI LAYAN DIRI. Servis ni mungkin agak letih sedikit sebab bermodalkan tenaga dan masa. Tapi kalau nak buat duit sambil2 tu boleh juga kan,? Saya pernah survey caj2 yang dikenakan untuk melipat baju. Biasanya standard 1KG = RM2. Walaupun nampak macam biasa2 je servis lipat baju ni, tetapi dah juga company yang buat servis ni. Contohnya company Servis Lipat Baju oleh En Mohd Noorrizan Mohamed Shafiee. Haa jangan pandang sebelah mata ye servis macam ni. Siap boleh ada agen lagi untuk siapkan baju-baju customer. Lalu dari servis lipat baju ni lah uols boleh sambung dengan iron baju, dan offer customer untuk basuhkan baju mereka di dobi layan diri. So kerja korang memang kena banyak pergerakan fizikal lah, dan memang kena fokus betul. Ini adalah berdasarkan apa yang saya baca dari pengalaman orang lain. Saya terjemahkan sebagai idea pula di sini 

.


2. FOOD DELIVERY. Bisnes ni dah makin menjadi 1 trend di bandar mahupun luar bandar. Join je group2 FB atau WhatsApp Food Delivery ni. Pasti ada banyak idea nak buat macam mana. Saya pun kalau datang time malas nak masak, servis food delivery ni lah yg saya cari. Bisnes ni uols kenalah pandai masak. Kalau nak mulakan tu uols boleh start dengan menu yang uols nak makan hari ni. Buat la lebih sikit, then try promot kat group. Actually apa yang saya perhatikan, bisnes macam ni kena fokus dan sentiasa promot. Kalau hari ni promot esok diam memang ke laut la bisnes uols tu hihi.
.

3. BAKERY. Bisnes ni sentiasa on demand. Antara mahir atau tidak sahaja. Tapi kalau nak seribu daya kan, hehe. Tapi kalau tak minat dan nak terikut2 orang pun tak boleh juga. Kena tengok pada kemampuan sendiri juga. Saya suka perhatikan orang buat bisnes bakery. Biasanya mereka ambil tempahan sikit-sikit je. Lepas tu pastilah makin lama makin ramai yang order kan? Dan bila dah sampai tahap dah kira macam ‘Master’ diorang dah boleh offer kelas pula. Ramai pula tu yang berminat! Masyuk betul kan?
 .

4. MENJAHIT. Jika dah ada mesin jahit, boleh la cuba2 menjahit pakaian/ langsir, dan buka tempahan pada kawan2. Menjahit bukan setakat pada pakaian je kan, boleh juga jahit barang2 kraf juga. Kena la pergi kelas. Eh, sekarang kelas online melalui whatsapp pun ada tau. search je ;p Macam bisnes bakery, bisnes menjahit juga boleh jadi duit yang masyuk sekarang ni. Sekarang dah ramai sampai tahap dah buka buat kelas jahitan. Ada tu sampai boleh buat buku untuk mengajar teknik2 menjahit. Dasyat kan?
.

5. CUCI RUMAH. Haaaa, ini kalau uols ada team lah. Kalau buat sorang2 tak bernafas jugak nanti. Ajak la suami uols buat servis cuci rumah orang waktu weekend. ambooi senang je cakap kan..hehe tapi zaman ni kalau nak cari duit, macam2 cara boleh buat noh :p Bisnes ni kan, uols target je lah area kawasan high-end. Build relationship dulu, bagi orang trust, dan offer servis. Tapi yang ni kenalah sediakan peralatan yang secukupnya ye.
.

6. HOME TUITION. Kalau uols terer subjek yang di belajar waktu sekolah, boleh la tawarkan offer home tuition. Kalau mengaji pun lagi baik kan. Asalkan ada ilmu basicnya :)
 .

7. BABYSITTER. Servis ni kalau uol betul2 minat pada budak2 boleh la buat ye. Jangan pula tengok orang lain buat masyuk uols pun nak buat juga tapi dalam masa yang sama uols tak boleh sabar dengan budak2. Haa fikir dulu masak2 :D
.

8. GRAPHIC DESIGN. Sekarang ni ramai seller2 online kan. Masalahnya ramai seller ni bila dijengah profile FB mereka ni, kusam je gambar cover photo tu. Takde pun ciri-ciri peniaga online. So dari situ la korang boleh offer pada mereka untuk buat graphic design untuk cover photo FB. Jangan risau kalau takde software Adobe Photoshop pun. Boleh rujuk TIPS GRAPHIC DESIGN TANPA ADOBE PHOTOSHOP. 
.

9. ONLINE WRITER. Kalau korang minat menulis, ini adalah peluang untuk korang mencari duit dengan menjadi Penulis Online. Rajin2 lah promot diri untuk offer servis ni. Korang boleh jadi copywriter ke, ghost writer ke.. sekarang pula trend viral, so kalau tulisan korang ada 'roh', ada kualiti, ada manfaat, korang boleh submit ke APEAMAZING. Yang ni korang boleh berhubung sendiri dengan editor dia untuk submit artikel. Sebab baru2 ni ada nampak editor dia offer netizen untuk submit artikel.
.

10. BLOG SERVICE. Kalau uols suka berblog, rajin deko2 blog, uols boleh la ambil upah setup blog orang lain. Ala kadang2 orang ni nak cepat je kan, nak godek2 setting blog tak sempat..asalkan uols siapkan cepat udah ler...macam iols ni pun suka gak godek2 blog (kalau ada masa). Tapi kalau customer order memang kena buat lelaju la kan. So, ada yang 1st time nak buat blog dan ada kekangan masa nak setup blog boleh la roger2 saya ye 017-6699787.




Nota kaki: Ok utk dapatkan E-book Surirumah Juga Boleh Berbisnes ni, boleh whatsApp saya 017-6699787.




Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi