Posts

Assalamu'alaikum :)

this article has been removed by myself due to certain sensitivity issue..kweng4 ;p

Melayu kaya dengan peribahasanya

Sebelum melelapkan mata menuju lena, sebelum merehatkan minda dan tenaga, sebelum mengimbas kembali detik-detik hari ini, ada perkara yg bermain-main di fikiran utk dikatakan... Pertama, owwwhhh...mcm ni rupanya orang bekerja kan.. penat sgt2... tapi kan, nape penat ni tak mcm penat masa keje cashier dulu ek.. dulu lagi teruk...keje 12 jam tgh2 mlm baru balik... tapi tak sepenat ni... nape ek....kerja wat masa ni tak berat sgt... dok depan pc and call client ngn media owner yg lain je... tapi bila balik rumah penat sgt2... adakah aku tak gembira dgn pekerjaan mcm ni? walhal ini praktikal semata-mata... kadang2 terfikir gak... betul ke ni jalan yg aku nak amik nanti? atau ni permulaan jalan, jadinya aku masih kekok n tak dapat nak adapt lagi... aku tak tau... tapi hati kecilku...mcm tak dapat nak terima kerja mcm ni suatu hari nanti, aku penat sgt... bab penat ni bukan bersangkut paut dgn aku yg terlalu manjakan diri sgt.. ni berkaitan dgn jiwa aku... cari kerja yg berkaitan dgn jiwa a...

ulat bulu

seorang rakan beritahu, biar kenal perangai buruk seseorang dulu baru kita betul2 kenal dia. maksudnya biarlah berkawan dulu, kenal betul2 perangai dia. ni belum kenal lg perangai dah nak move ke step seterusnya. telinga dah lali dgn ayat2 yg menggelikan telinga. ayat2 yg sangat fake sebenarnya, ayat2 yg tak mencerminkan diri seseorang sebenarnya. kenapa perlu utk mengayat? kenapa perlu utk memuji? kenapa perlu utk i-always-be-there-for-you walaupun sebenarnya hati kau sgt2 tak hingin pun utk itu.hah3.. sangat2 lali utk org mcm tu. hati pun dah jd kebal utk menerima ayat2 cinta seperti itu. tapi..tapi.. aku sgt suka jika, perangai buruk, perangai tak semenggah, perangai bangang, perangai hodoh, perangai sengal, perangai tah hape2, tu semua diketahui semasa proses berkawan tu sendiri. sebelum timbulnya perasaan syok sampai tak hengat kat seseorang. pelik tak?pelik tak? hish...rimas la ayat2 geli nih. huh~fuh~duh~

bersangka baiklah..

pertama kali org tanya secara serius tentang perkara yg serius. walaupun aku jawab dengan serius tapi jawapan aku dikatakan tak serius. aku bukan artis nak kena jawab no komen. *************************** kadang tertanya, kenapa tuhan selisihkan perasaan ini, tapi, lama2 aku kena berfikir positif. aku yakin, kalau bersangka baik dengan tuhan, tuhan akan bg jawapan yg terbaik. dan itulah yg terjadi. aku tak perlu nak tangisi sesuatu kehilangan, yg nyata bukan milik aku, kerana milik aku itu kepunyaan yg atas juga, Dia berhak menentukan siapa2 yg layak utk dipunyai. yg tahu rahsia hatiku hanya Allah..

jumaat

Semalam kakak ipar bgtahu keputusan PMR twins dia.. takpe, PMR hanya lah PMR. PMR hanya nak tentukan bidang mana kita nak bawa nanti. memang sgt2 penting sebab dari situ kita akan bawa bidang tu hingga ke universiti. yeke? aku dulu amik je pure science..takde pun bwk smpai U. takpe lah kak, belum tentu PMR bagus, SPM bagus.. mcm saya...hehehe.tu yg nk bgtau ayat tu hari tu kat kakak ipar..tapi segan ngn diri sendiri. salu PMR bagus ni dia dah rasa form 4 tu mcm tahun honeymoon utk dorang. yg pemalas mcm aku ni akan buang kerajinan utk belajar ms form 4..konon2nya nanti masuk form 5 cover la balik silibus form 4.tu la masalah org pemalas..mcm aku dulu.hehe. yela, ms nk PMR bukan main ngadap buku dlm bilik..bkn main smngat. alhamdulillah result cemerlang ms tu... tapi bila masuk form4...aku sudah terdedah dgn anasir2 luar..pegh..mcm mana la nk elakkan anasir2 tersebut berleluasa di peringkat sekolah, terutamanya org melayu yg sgt lemah kekuatan mindanya. masa tu org ckp jiwa muda lagi, m...

ni lah realiti kita..

Jika kau berlapang dada, membuka hati, menerima dengan redha, pasti kau dapat lalui, setiap jalan yg kau tempuhi. Kau memilih, Kau menginginkannya, Kau lah yg akan menanggungnya. Siapa kau, Utk hidup tanpa kesusahan, tanpa tangisan, tanpa kerinduan, tanpa bencana, tanpa derita. Siapa pula, yg meringankan kesusahan, menghentikan tangisan, mengubati kerinduan, memberhentikan bencana, melepaskan derita. Mengapa kau menangisi, Meratapi, menghina diri, Sedangkan nikmat yg kau perolehi Masih banyak hingga tidak terhitung dgn jari. p/s: Sedaya upaya ku mahu sedar diri.

Kahlil Gibran- Kehidupan

KEHIDUPAN Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan, Dan dengan penuh ketakutan, Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu penuh kebimbangan, Kuwartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan jika tidak diselimuti oleh kehendak, Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan, Dan segala macam pengetahuan akan kosong bila tidak diiringi kerja, Dan segala kerja hanyalah kehampaan kecuali disertai cinta, Maka bila engkau bekerja dengan cinta, Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu, Dengan wujudnya kamu, Wujud manusia lain Dan wujud Tuhan. (Kahlil Gibran- KEHIDUPAN) *********************************************** p/s: Kerana kau hidup, Tuhan berikan mu Kehidupan itu.