ni lah realiti kita..

Jika kau berlapang dada,
membuka hati,
menerima dengan redha,
pasti kau dapat lalui,
setiap jalan yg kau tempuhi.

Kau memilih,
Kau menginginkannya,
Kau lah yg akan menanggungnya.

Siapa kau,
Utk hidup tanpa kesusahan,
tanpa tangisan,
tanpa kerinduan,
tanpa bencana,
tanpa derita.

Siapa pula,
yg meringankan kesusahan,
menghentikan tangisan,
mengubati kerinduan,
memberhentikan bencana,
melepaskan derita.

Mengapa kau menangisi,
Meratapi, menghina diri,
Sedangkan nikmat yg kau perolehi
Masih banyak hingga tidak terhitung dgn jari.

p/s: Sedaya upaya ku mahu sedar diri.

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi