Adil :)

Teringat kata-kata dari seorang sahabat perempuan baru-baru ni. Dia ni student, tapi status dah kahwin. Cuma nasib dia terpaksa berjauhan dengan suaminya. Suaminya pun juga student. Diorang dapat jumpa pun sekali sekala jer.

Dia cakap, semester lepas dia jarang dapat contact dgn suami dia, sebab suami dia ni student army. kadang2 kena masuk hutan la, pastu susah nak keluar kalau dah duduk dalam kem. so dia sedih sgt2 la bila time stress belajar, dia tak dapat nak luahkan kat suami dia tu. selalu je dia menangis.

pastu semester ni, suami dia dpt buat praktikal area sini. so weekend salu la dapat jumpa..salu tgk dia menari2 bahagia bila lepas jumpa suami dia tu..hehe..tp dia cakap, semester ni mungkin Tuhan nak tunjuk Maha Adil-nya Dia.. Tuhan bg kasih sayang dari suami kat dia.. tapi, study dia agak merudum sikit katanya walaupun dah struggle habis-habisan...kalau semester lepas, study dia ok walaupun takde la struggle sgt tapi dia kurang dari segi kasih sayang dari suami dia...

tu satu cerita...

****************************

cerita lain, kadang2 tgk bahagianya kawan-kawan dengan pasangan mereka. tapi salu je dengar keluhan pasal kerja..kerja tak sesuai dengan diorang la..asik2 tukar kerja je..mungkin diorang kurang bernasib baik dari segi kerja tapi bernasib baik dari segi kasih sayang pasangan diorang.

****************************

Allah tu Maha Adil.
kadang-kadang, kita tak sedar kita selalu je mengeluh kurang tu kurang ni, kenapa aku tak dapat macam diorang, kenapa hidup aku tak macam diorang, bla3...

Padahal, sebenarnya...kita tak nak pun BERFIKIR nikmat yang Dia beri kat perkara lain. Kita tak sedar perkara-perkara yang mudah kita lalui tu sebenarnya datang dari Dia. Atau, contohnya kita asik la mengeluh kenapa tak de orang pun sayang kita..padahal, tak SEDAR ke kita yang setiap malam ayah n mak kita call tu bukan ke juga kasih sayang? Kita taknak fikir ke orang lain yang dah tak ada mak atau ayah, atau kedua-duanya sekali, kalau dia tengok keadaan kita yang salu dicontact oleh parent kita, tak ke diorang tu fikir betapa besarnya NIKMAT yg Allah beri kat kita?yg kita ni langsung taknak fikir sampai mcm tu sekali..

**********************
p/s: Bersykurlah :)

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017