Edisi Perlis: Mak Nak Balik Kampung

"Mak, orang nak kawen...tolong cari calon! gahahaha! ok bye!"

tu pesanan yang aku kirimkan kat mak malam tadi. tapi pesanan dalam HATI je lah!

Yang sebenarnya,
"Mak tolong kirim salam kat orang2 kampung n nak kirim baju selai dua...lalalala! tapi kalau nak beli baju tu kena tambah 1 size lagi..size M".

Dulu2 boleh la pakai S...sekarang tidak lagi. aku pun taktau nape..nape ye? ^.~

**********************************************************************************

Daaaaaaaaaannnnnnnn..
senarai jadual untuk tahun 2012 ni...banyak juga perutusan2 raja sehari dari kawan2! aaaaa...kena wajib balik la tuh..of coz kena wajib balik! kalau tak kena hentak nanti dgn diorang. haha!
Paling best kisah percintaan mariam dengan tunangnya tu..wuwuwuwu...siapa sangka kan?dah jodoh diorang...seronok dgr...dan betapa tabahnya mariam itu..sebenarnya berbalik pada si lelaki tu jugak la..mungkin dia terlalu sayangkan mariam, dan dia buat keputusan yang betul utk menyunting mariam jadi isteri dia..semoga mereka berkekalan hingga ke syurga...

dan ayza...bulan 5 nanti majlis dia dengan wan..ok ni memang la kena balik..sbb dia dah suruh blok tarikh cuti awal2...insyaAllah...aku memang nak balik tgk kawan dari kecik kawen...

aritu zuriati kawen, aku tak balik pun...
minggu depan ned lak nak bertunang....n aku tak balik..

ooooookeeeeyyyyyyy....tu list yang beberapa kerat je...yg lain tak masukkan dlm list...
kalau masukkan nanti boleh nangis..hahaha!!

**********************************************************************************

Tapi setiap yg dah kawen tu aku akan tanya..."Best tak kawen?"
soalan yang vongok kan? mmg best la kan..
hari tu aku ada beli satu buku ni tajuk dia "Apabila Hati Rindu Menikah"
tak berapa ingat penulis dia siapa...sebab terlalu rakus nak baca isi dalamnya..hehe

Secara kasarnya, buku tu menyeru semua remaja2 sekarang ni supaya cepat menikah.
Siapa2 yang tgh couple tu better la menikah terus. jangan jadikan alasan masih belajar dan takde duit tu sebagai penghalang untuk berkahwin. Pastu dalam buku tu bagi nasihat kat sesiapa yang tolak pernikahan atas alasan takutkan cabaran alam rumahtangga...padahal cabaran tu boleh dtg dlm macam2 bentuk samada sebelum atau selepas berkahwin,...

salah satunya kenapa digalakkan bernikah cepat...ia adalah untuk mendamaikan hati orang2 yg sinlge mingle ni..
betul atau tak, orang yg single2 ni hati diorang tak tenteram?jawapan bagi aku of coz la tak tenteram. nak2 sebagai seorang perempuan..haaaa...bak kata lirik lagu spider Buat Sang Puteri- "Pedihnya hatiku yang terguris kalau bisa terzahir ke nyata sini langit nangis".
ok takde kaitan ek ngan lagu tu ek...haha

tu je la sebab musababnya...

DILU aku tak percaya pada cinta selepas kahwin. Sebab dulu minda terlalu dipojokkan oleh budaya2 barat...which is..berkenal2an, berkawan2an, berkapel2an..akhirnya putuuuuussssss di tgh jalan...pastu cari lagi dan lagi dan lagi..sehingga kekecewaan berulang2 kali....heheh..dan masa tu juga, tiada langsung dipasang NIAT untuk berkahwin...so thats why, terjadi la drama2 telenovela yang very typical MALAY love story..kawan,kapel putus (repeat byk2)..haha!

SEKARANG aku lebih percaya kepada cinta lepas kahwin. sebab keberkatannya yang paling manis sekali......
Ye mmg aku percaya, tapi aku taktau takdir aku mcm mana...dan boleh ke aku dapat macam tu? aku tak ada kuasa untuk meramal masa depan aku dengan menentukan siapakah akan bersama aku, bilakah masanya, dan bagaimanakah caranya....

dan hikmah dalam hidup aku terlalu banyak sepanjang2 masa lepas tu berlalu...masa tu je aku belum tersedar oleh matrix hidup ni.

Walaupun ada yang menasihati aku dengan mengatakan, "kalau saya jadi awak, saya takkan sia-siakan masa muda saya dengan perkahwinan. saya akan berusaha tingkatkan karier saya bla3 krohhhh"...


Ok tu bagi dia la..n aku hormati. pandangan aku pula lain :)

P/s: Berusaha mencari...bukan tak mencari....

************************************************************************************














Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi