hai 25!

Hari ni genaplah aku menjangkau umur 25 tahun. ok, rasa sgt tua dan mcam tak sesuai lak dgn karekter aku ni..nak kena berfikiran mcm org tua gak ke?haha...takkan la pulak..

Okey, takde celebration pun. cuma tadi goreng popia otak2 tepat jam 12 am..tak sengaja pun pasal tadi tertidur pastu terjaga pastu lapar pastu terus goreng popia tu...pastu makan sambil tgk hindustan...

Hari ni...siang tadi, bos dah tukar position aku. tapi lupa nk tanya gaji tak tukar gak ke?kui3....
tapi ok la, lepas ni jaga advertising & media je la..dah takyah pikir marketing. kalau tak memang pening pale...

Tahun ni rasa mcm takde hadiah jer...huhu...tahun lepas ada la gak hadiah dari ayahanda tercinta...biarlah rahsia...dah makin tua ni makin tak fikir sgt nak keluar celebrate ke nak itu ke nak ini ke...kubur dah panggil mari, rumah dah kata pergi....beringat2 je la kan :)

Takde pe dah nak cerita....takde apa yg menarik nak di kongsi. cuma nak kongsikan cuaca malam ni...mcm nak hujan jer...

Esok, taktau nak call siapa...hahah! free call pulak kan...apa pun wajib la call mak ayah dulu kan...semalam sampai termimpi-mimpi mak ngan ayah :'( sedih siot terbawak2 smpai sekarang....diorang still kat perlis...amboi berjalan sakan naaaa....salu call je aku...tapi sok aku la kol diorang :')

Wishlist utk birthday ni? Biarlah Rahsiaaaaaaaaaaaaaaa........ :)

p/s: Bersyukur sbb aku ada family yg betul2 sayangkan aku...<3


Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk