Azam surirumah 2017

Welcome 2017!!

Hai suri semua, dah ada ke azam tahun 2017 ni? Ke recycle semula azam tahun2 lepas je? Hihi...actually saya pun dah tak ingat apa azam saya tahun lepas, kalau nak ikutkan apa achievement yang telah saya capai tahun lepas tu takde la banyak pun, lagipun tahun lepas aktiviti saya limited sikit. Yelah, mak buyong kan masa tu, makanya kena la slow and steady sikit aktiviti.

Masa pregnant anak ke dua masa tu, berat sikit la cabaran-cabaran yang saya lalui. Bermula dengan morning sickness yang teruk selama 2-3 bulan pertama. Haiiih, terbaring je la saya masa tu. Kesian kat Adli anak sulung saya, dah la baru umur setahun 8 bulan masa tu, saya pula tak dapat nak bagi perhatian sepenuhnya pada dia. Waktu tu lah saya terpaksa umpan Adli dengan IPad 😭😭. Dan bermula waktu tu lah dia ketagih Ipad beberapa purnama 😂. Ok berbalik pada cerita asal ye, dah banyak dah lari tajuk ni..bila dah start menulis memang macam-macam pulak idea terkeluar 😛😛.

Saya nak cerita pasal achievement tahun lepas. Tak banyak pun yang dapat. 1st, saya dapat buat jualan minyak herba asmak 200 botol setiap minggu. Saya bermula dari dropship saja hinggalah berani ambil stok. Upgrade menjadi agent, superagen dan hinggalah ke stokis. Cik abang ada motivate saya suruh upgrade ke superstokis @ stokis negeri pula tapi saya tau saya tak mampu ke arah itu, hohoho. Saya rasa tulah achievement paling besar buat saya.

Tapi kan, tu dari segi bisnes. Dari segi kehidupan seharian pula masih belum tercapai lagi masa tu. Selepas deliver baby ke-2, aktiviti harian saya huru hara sikit hehe. Yelah, mencabar juga nak handle 2 orang anak, saya pula berpantang sendiri selepas seminggu melahirkan AbuDzar. Saya pun tak sedar yang saya boleh lalui peringkat berpantang sendiri tu. Oh ye, waktu siang je la pantang sendiri sebab husband pergi kerja kan, malamnya pula dah dibantu la serba sedikit. Eh kejap, boleh kira tak ni sebagai 1 achievement saya juga tahun lepas? Bukan mudah tau nak berpantang sendiri...ermm.

Selepas habis pantang, kehidupan harian saya masih tak terurus, campur dengan bisnes tengah rancak lagi masa tu, dengan baby nak mengempeng je masa tu. Kesian Adli dengan2 dia terabai buat kali ke-2. Alahai anak umi, umi minta maaf sangat2..semoga Adli membesar jadi anak umi yang penyabar dan kuat pegangan agama ye 😉.

Bila saya sedar life saya huru hara sikit masa tu (time management saya teruk), saya pun cuba cari solusinya. Saya cuba search di internet tentang pengurusan waktu bagi surirumah. Apa yang saya dapat macam tak cukup bagi saya. Saya cuba cari lagi, terjumpa yang berbayar, saya pun join program tu. Alhamdulillah ada ilmu baru, tapi saya banyak applied tentang pengurusan kerja2 rumah saja (Jika diizinkan Allah saya nak share juga tips2 pengurusan sistem kerja dlm rumah). Bab pengurusan waktu masih lagi failed masa tu.

Sehinggalah tahun 2017 muncul...bersambung next entry ye😛












Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi