Colabr8 -Gangstarz TV3

Aku bukan ikut sangat program gangstarz ni kat tv3,cuma ikut mood juga la nak tengok pun. Tiba malam tadi lak rasa macam mood baik punya nak tengok program tu. Yela, makin sikit tinggal peserta makin sedap la nak tengok persaingan diorang.

Yang tinggal sekarang kumpulan dari M'sia dan Indon jer.Apa aku tengok kumpulan Indon ni memang kreatif giler ar..bukannya aku taknak puji negara sendiri walau dlm masa yang sama aku harap sangat kumpulan dari Malaysia perform sesuatu yang paling kreatif dan best la.Tapi grup indon mmg ada pesona dan byk aura..ehe.

Malam tadi baru aku nampak perubahan ketara pada kumpulan Malaysia. Mungkin dah tinggal sikit, jadi diorang pun makin lebih berusaha la nak buat yg terbaik.

Paling aku puji malam tadi ialah kumpulan Colabr8. Diorang ni satu2nya hip hop group yg berjaya masuk sampai takat malam tadi. Kira bertuah la tu. Apa yg best persembahan Colabr8 mlm tadi,dorg dah ubah lagu M. Nasir 'Tanya Sama Hud-hud' menjadi genre hip hop. Aku memang salute kat Colabr8 sebab memang lain dari yg lain dorg perform mlm td..lebih2 lagi bila ada rap dlm chinese dari salah dorg gang colabr8 tu.

Malam tadi juga, perubahan berlaku gak di saat² akhir pada format gangstarz. Sepatutnya 4 kumpulan akan terus dapat masuk grand finale nanti. Tapi tiba² lak, hanya 3 daripada 5 kumpulan yg tinggal terpilih ke grand finale. Sesuatu gimik yg memainkan perasaan betul la tv3 ni. Ni semata2 nak naikkan lagi undian pada kumpulan2 yg telah lama keluar dulu. Mereka diberi peluang untuk menjadi peserta ke 4 yg bertanding masa final nanti.

Aku betul2 hangin la gak pasal Colabr8 terkeluar malam td. So, next week dorg ni kena compete dgn kumpulan2 yg dah lama keluar. Ni memang x adil!!!(emo jap)...xpasal2 grup yg terkeluar lama dah boleh ada peluang utk final nanti. abih tu peluang utk colabr8 prepare ke final selama ni tinggal sikit je la..suma ni bergantung pada undian je la..tp bagi aku tv3 memang sengaja nak untung lebih pasal makin banyak kumpulan dimasukkan semula makin banyak undian,dan makin banyak untung dorg dapat..sekian terima kasih..

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017