Minum sambil baca utusan online

Cerita terbaru dalam negara walau aku lewat sehari post entri ni,
"Hidup saya lebih bermakna"- Pak Lah , ramai juga orang gembira mendengar berita dalam negara ini. Yeah, 'first Lady' kedua (chupp..lebih baik dipanggil isteri kedua PM..kan?) bakal di ijabkabulkan dengan Perdana Menteri Pak Lah di Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu ini. Selamat Pengantin Baru ye Perdana Menteri.

Dalam berita gembira tu, jangan lupa pula pada kes berprofil tinggi "Punca ketua pendakwa kes Altantuya ditukar" oleh kerana Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Salehuddin Saidin yang mengetuai barisan pendakwaan telah dilihat bermain badminton dengan hakim kes itu, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.

Ok, hari ni berita hiburan tak ada yang menarik sangat. Berita aku pula, mak aku akhirnya beli juga Instant Ginger Drink with Honey khas untuk aku. Badan aku rasa macam banyak sangat angin hari ni. Ok, sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi