Insan ku sayang

Malam ini, aku tinggalkan nota untuk seseorang yang amat menyayangi aku. Tak kira betapa degil, memberontak, dan barannya sikap aku namun dia tetap terima aku dengan seadanya. Mungkin antara yang lain itu aku adalah yang paling berharga, dan antara yang lain itu aku adalah penyeri hidup dia. Aku tau betapa susahnya dia untuk memahami aku, kerana aku bukan seperti insan² yang hadir di dalam hatinya sebelum kemunculan aku.

Aku memang tak dapat menjadi seperti yang dia harapkan, seperti yang dia gambarkan dan seperti yang dia lihat pada orang lain. Aku tak dapat juga memahami apa yang ada dalam hatinya dan apa yang ada dalam fikirannya. Aku tak dapat baca apa yang terselindung di balik air wajahnya, tak dapat faham di sebalik kata²nya yang mahukan yang terbaik untuk aku, tak dapat rasa perasaannya jika aku mengguris hatinya.

Malam ini, aku telah dapat rasa kesedihan hatinya..bagaimana hatinya terguris oleh kerana sikap aku yang cepat memberontak dan pentingkan perasaan sendiri ini. Aku tak dapat lari dari ego aku sendiri, dan kerana ego aku ni lah aku telah melakukan kesilapan yang Tuhan takkan ampunkan. Bukan aku salahkan dia kerana menjadikan aku sebebal ini, tak pernah aku salahkan pada kasih sayang yang dia berikan pada aku hingga membuatkan aku jadi terlalu manja dan pentingkan diri sendiri.

Malam ini, fikiran warasku telah menyedarkan segala perbuatan dan sikap aku selama ini di mata dia. Aku seperti tersedar dari mimpi yang buruk, dan berharap apa yang berlaku sebentar tadi hanyalah mimpi dari mainan iblis.


Ayah..selama ni anak ayah ni x pernah nak paham perasaan ayah kan? Anak ayah ni degil sangat..apa yang ayah cakap mesti ada je yang nak dibangkang. Selalu macam tu..anak ayah ni tak pernah nak mengalah kalau kita bertengkar. Nasib baik lah mak ada..tapi tadi mak dah tidur. Mak tak dapat nak hentikan pertengkaran kita tu..tapi sebelum tu kita bertiga gembira sangat kan bergurau senda macam malam² yang lain kan?

Entah kenapa disebabkan sesuatu topik tu buatkan anak ayah ni rasa tercabar sangat ego dalam diri ni. Tapi kan..anak ayah ni tengok ayah tadi macam rilex jer. Anak ayah ni cakap macam² pun ayah buat macam tak dengar je. Sampaikan anak ayah ni rasa makin sedap je mulut ni nak berkata².. Masa tu baru lah anak ayah ni nampak dalam hati ayah ni ada kesabaran yang tinggi..ayah dah buang jauh² ego ayah sampaikan anak ayah ni lak yang berperangai lebih hangat dari biasa.

Sehinggalah ayah masuk bilik untuk tidur, baru lah anak ayah ni rasa macam waras sikit. Baru lah ego anak ayah ni turun sikit² hinggakan air mata tak putus² mengalir kat pipi. Nasib baik mak tak nampak..mak baru je bangun dari 'tidur sekejap' dia tu. Anak ayah ni nyorok sikit kat balik sofa ni..sambil tu anak ayah ni menangis perlahan² depan laptop ni...anak ayah nak luah sepuas²nya malam ni. Andai setiap perkataan dalam hati anak ayah ni dapat ayah dengar, kan lebih bagus tu...Baru lah anak ayah ni rasa lega sangat kalau ayah tau yang anak ayah ni betul² menyesal atas semua yang terjadi tadi.

Ayah..anak ayah tetap dengar segala nasihat yg ayah bagi tadi..walaupun anak ayah ni agak bebal sikit tadi tapi percayalah anak ayah ni tak terniat pun untuk jadi panas mcm tadi. Sebenarnya anak ayah ni betul² tak dapat nak jadi macam orang lain..Ayah selalu cakap yang anak ayah ni tak boleh buat kerja semua tu...Ayah memang memahami. Anak ayah ni pun macam tak nak mengaku je umur dah makin dewasa..Ayah tau tak yang anak ayah ni tak reti untuk jadi dewasa. Ayah pun anggap anak ayah ni macam budak kecik..tapi tu la kot hakikatnya..ehehe.. tapi ayah tak kisah kan anak ayah ni macam ni..kalau anak ayah ni jadi matang, mesti ayah rasa rumah ni tak ceria lagi..bila tak ceria ayah pun sunyi kan...ahahahahaaa...

Ayah..kalau nak hitung dengan jari,sempoa dan kalkulator mesti tak dapat nak tunjuk betapa banyaknya kasih sayang ayah kat anak ayah ni..Sebenarnya baru malam ni anak ayah sedar yang ayah ni memang ayah yang terbaik dalam dunia ni..sampaikan abg pun cakap yg dia nak jadi macam ayah..penyabar,baik hati dan segala²nya lah...

Ok la ayah..sempena hari bapa nanti anak ayah ni nak wish happy father's day..tak tau la nak bagi apa kat ayah nanti...sebenarnya anak ayah ni tak pernah pun bagi ayah hadiah..tak per la,anak ayah ni akan belikan sesuatu juga nanti.tunggu je la yek..tapi kan,anak ayah ni xtau la hari bapa tu bila...?hmm...ok selamat malam! -Norhayati Bt Mohd Nopiah-

Comments

Anonymous said…
erm.....kdang2 byk perkara yg kiter prlu blaja dlm idup ni....
perkara yg leps 2 sbenarnyer btol2 bmakne kan?
sayangi ape yg perlu...
Anonymous said…
byk perkara yg kite blaja dari prkara lepas kan?bile dah jd,baru kiter sedar.....ssah idup ni bile kite mkin mmbesar....aku arap ko dapat jd anak yg solehah.delayza
yattie nopiah said…
hhmm..thanks ayza..
akhirnya ko smpai gak kat blog aku nih..

erm..ko btol..
tp aku hrp ko jgn anggap ape yg jd tu sbg phalang utk ko tros idop gmbira..

suma yg jadi tu dugaan kan?
ape yg kite alami mgkin berbeza..
tp berat yg ditanggung mungkin sama..

aku hrp kita sama2 boley idop mcm biasa..even ade byk yg terjadi..tp kita truskan ke depan k..
Anonymous said…
remaja mmg macam tu. sumtimes we can't control ourself and we just explodes. but its ok. we r stil young. learn...learn...leanr. after all, we just being HUMAN.
Anonymous said…
kadang-kala kau harus buang ego kau tu jauh2. Memang perlu ego tu, tapi biar bertempat.

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi