Segalanya Sentimental
Hari ini perut aku dikenyangkan dengan lauk daging rebus serta air asam di tempat kenduri sebelah rumah aku. Jam 1:15 baru aku menapak bersama kawan ku Cila untuk makan. Agak lewat juga kerana orang ramai beransur pulang ketika itu.
Acara mencukur jambul bayi juga sudah lama tamat, aku dan Cila seperti biasa sengaja melewatkan kedatangan kami kerana kami berdua agak pemalu jika hadir di tempat keramaian seperti itu. Kelewatan itu juga membuatkan kami dihidangkan dengan pelbagai lauk yang susah kami nak abihkan. Hidangan terakhir yang kami makan adalah sup tulang Lembu...waaahh ini la yang aku nanti²kan.
Sambil makan, sempat juga kami berborak tentang perancangan aku untuk mengkapelkan Michael Cila dengan bakal kura² aku. Malang sungguh cerita yang disampaikan Cila itu, kerana Michael telah menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minggu dahulu. Wasiat Cila untuk membenarkan aku menjaga Michael juga tidak kesampaian, kerana dia tidak sempat untuk bawa Michael pulang dari Serdang ke rumahnya di sini, Jengka.
Apa boleh buat, umur Michael tidak panjang. Mungkin Michael sakit kerana tidak tahan tinggal berse'ekor'an di dalam rumah kecilnya itu. Aku dapat rasa perasaan Michael yang menginginkan pasangan yang dapat menghiburkan hati beliau tatkala beliau gembira dan duka. Aku juga terkilan kerana tidak sempat menatap wajah Michael kepunyaan Cila itu.
Tak per la, sekurang²nya satu hari nanti aku akan beli pengganti Michael yang berjantina Jantan juga. Entah kenapa aku suka pada jantina yang berlawanan dengan aku ni. Mungkin nasib aku sama dengan nasib Michael..iaitu, bersendirian tanpa teman. Tapi, penderitaan aku tidak sama sekali akan buat aku tinggalkan dunia ini tanpa melihat seseorang yang aku sayang.
Kini, kawanku itu telah kehilangan haiwan perliharaannya..tapi dia tetap ada Tet (kucing kesayangannya) yang mana nama Tet dan nama panggilan cila padaku hampir sama iaitu Tot..
Sebenarnya, ini juga permintaan sahabatku itu supaya meletakkan nama dia dalam entry aku kali ini. Maaf..gambar sahabatku itu dirahsiakan :)
Banyak yang kami bualkan petang ini, dari cerita tentang Michael hinggalah cerita semasa zaman sekolah rendah kami. Petang ini sangat sentimental untuk aku dan sahabatku itu. Mengimbau kembali cerita semasa zaman kanak-kanak semasa tadika dan sekolah rendah memang membuatkan kami ketawa pada diri masing² dan diri sendiri.
Baru aku sedar, jika seseorang itu terlalu sempurna dan tiada kegilaan dalam diri dia, maka tiadalah cerita menarik untuk mereka bualkan ketika dewasa. Dan aku juga sedar, bahawa setiap saat yang aku lalui hari ini biarlah dipenuhi dengan perkara² yang menarik dan gila supaya hari tua nanti dapat aku gelakkan pada diri sendiri dan dapat diceritakan pada anak² serta cucu²ku nanti :)

"Hargai lah masa kau dengan perkara yang kau rasa suka nak buat :)
Peduli lah pasal cakap² orang lain..mereka bukan pengaturcara hidup kau ok."
Comments
Nampaknya jodoh pet baru ko tak kesampaian dgn michael.
nanti sampaikan salam kepada cila ye..hehe
memori lama bkn snang nk dicerita balik :)
tu la psl.binatang pun boleh x ada jodoh..inikan pula manusia :)
akan ku smpaikan salam kau tu ye kasyah:)
suruh la mama kau buatkan..sdap siot..
aha..layan..jgn x layan..
ape tu ambuyat???
tp daging tu sdap lor..
rs mcm nk mkn lagi...uweeeeee;p