Jumaat memang tenang

Weeeee..pagi Jumaat yang buat aku rasa tenang. Tidur malam tadi pun rasa nyenyak jer..tak ada gangguan mimpi² yang menghantui aku hari ini.

Bangun pagi pula dikejutkan oleh jiran sendiri..aik?? Ye..betul la tu. Jam 11.30 aku dikejutkan oleh mak cik sebelah rumah. oO..dia jemput pergi kenduri khekah (betul ke ejaan aku ni?) cucu dia esok..

Dengan keadaan yang mamai, aku hampir terlupa setiap perkataan yang di sampaikan. Yang aku ingat, esok kenduri, ajak mak ayah datang, amik daging sekali, serta suami dia kini sakit di hospital.

Dan, dengan keadaan aku yang mamai mak cik tu bertanyakan tentang muka aku. "Awat muka bengkak?sakit ka?"..erk..aku menidakkan perkara itu. Cuma baru bangun tidur je.

Mungkin mak cik tu tak dapat bezakan sembab dan bengkak kan. Tak per la, tak beri kesan pun kat emosi aku..sebab aku nak tenang hari Jumaat ni :)

Comments

Anonymous said…
kekah. ini yg lebih sesuai haha.

bagus betul bangun kul 11.30 ye.. :P
yattie nopiah said…
hikhik.
da biase bgn seawal tu..
ape ley wat..
patutnye kol 12 :)
Anonymous said…
huyoo.. saya dah lama tak bangun selewat itu. hehe..
yattie nopiah said…
ho yeah..
wawa..
nanti try untuk bgn slewat tu k..
petua dia snang saje..
tdo la kol 3-4 pagi :)
Anonymous said…
mana tak tenang, boleh bangun kol 11, tu pun sbb jiran kejut :-p
yattie nopiah said…
hakhak..
salunye ayah sy kjot kan..
11.30 :)
ayah ckp anak dara xley bgn lmbt:)

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Cerita Umi