Minyak Herba Asmak: 4 Tips Penjagaan Kulit Bayi Yang Betul



Tiada siapa dapat mengalahkan kelembutan kulit bayi. Namun, disebabkan kulitnya yang sensitif, maka kulit bayi juga perlu penjagaan yang khusus.
.
#1 Kerap Mandi Bukan Caranya
.
Seperti orang dewasa, kulit bayi juga mempunyai lapisan sebum (minyak semulajadi) yang melindungi kulit dari jangkitan bakteria. Bayi yang kerap dimandikan tak mempunyai lapisan minyak yang cukup.
.
#2 Hati-hati Dengan Basuhan Baju Bayi
.
Seeloknya, gunakan sabun basuh yang tanpa haruman ataupun pewarna. Bahan yang menghasilkan warna dan bau wangi mungkin tak sesuai untuk kulit bayi yang sensitive.
.
#3 Lembapkan Kulit Bayi
.
Losyen adalah pilihan utama ibu-ibu sekarang, tapi tahukah anda ada pilihan lain yang lebih baik? Gunalah minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Dua jenis bahan ini memang terbukti bagus untuk melembapkan kulit.
.
#4 Petroleum Gel
.
Petroleum Gel sangat berguna untk mengelakkan kawasan lampin bayi basah dan seterusnya menyebabkan ruam lampin. Sapukan di kawasan lipatan atau di kulit punggung dan celah kelengkang bayi sebelum memakaikan lampin.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

Minyak Herba Asmak Vs Ubat Batuk

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017