Panduan Memandikan Bayi Yang Betul


Saat bayi baru lahir merupakan saat pertama tubuh badan mereka menerima sentuhan dari sekeliling, sama ada dari sentuhanmanusia ataupun alam semulajadi (udara, cahaya matahari, air). Dan sebagai ibu bapa, kitalah yang menentukan waktu yang paling sesuai untuk mereka.
.
Bilakah waktu mandi yang paling sesuai untuk bayi?
.
Sebelum memandikan bayi, pastikan:

Mandian tersebut tidak mengganggu waktu tidur mereka
Tidak memandikan mereka semasa mereka sedang lapar
Bayi tersebut tidak kesejukan (demam dan sebagainya)
.
Mengapa orang tua-tua menyuruh memandikan bay pada waktu pagi? Apa hikmahnya?
.
Peringkat bayi adalah peringkat di mana mereka belum mampu mengawal  suhu tubuh badan mereka sendiri, sebagaimana orang dewasa.
.
Waktu pagi adalah waktu di mana perubahan suhu sedan berlaku dari sejuk kepada panas/hangat. Inilah waktu paling sesuai agar tubuh badan bayi tidak terkejut dengan perubahan tersebut. Dan kerana ini jugalah, kita digalakkan memandikan mereka dengan air hangat/suam-suam kuku.
.
Macam mana orang dulu-dulu boleh tahu pasal ini ya? Mesti melalui pengalaman kan..
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Comments

Popular posts from this blog

Training di Akademi Maybank

Senarai Barang Keperluan Ibu & Bayi di Hospital

10 Idea Praktikal Bisnes Surirumah di tahun 2017